Puan sekarang mengandung anak kedua yang dijangka lelaki dalam usia kandungan 28 minggu.
Puan jangan bimbang akan kedudukan bayi melintang pada usia 28 minggu ini. Ini biasa terjadi dalam kandungan kedua atau berikutnya, lebih-lebih lagi jika ianya bayi lelaki kerana bayi lelaki banyak bergerak.
Otot rahim ketika kandungan kedua juga tidak begitu tegang lagi seperti mana ketika mengandungkan anak pertama.
Walaubagaimanapun, 80 peratus kandungan akan menukar kedudukannya kepada kepala ke bawah bila sampai usia kandungan 34 hingga 36 minggu.
Namun, jika keadaan bayi masih lagi dalam kedudukan melintang atau songsang pada minggu ke-38, maka cara kelahiran melalui pembedahan adalah yang paling selamat untuk ibu dan bayi.
Puan jangan terlalu risau dan diharapkan puan juga tidak pergi berurut untuk membetulkan kedudukan bayi pada masa ini.
Ini kerana kadang kala semasa diurut, tali pusat bayi boleh terhimpit dan boleh menyebabkan kematian bayi dalam kandungan.
Sumber: Mingguan Malaysia; 27 Disember 2009
No comments:
Post a Comment