Oleh NURSABILA RAMLI
(meli_industry@yahoo.co.uk)
NYARIS-NYARIS Wan Qalbu Al-Hassad yang cukup cuak dengan dua lelaki yang bertengkar kerana masing-masing mahu perut muda lembu korban yang separuhnya sudah dilapah bagi penumbuk jantannya ke muka kedua-duanya yang.
Masing-masing masih mahu berbalah walaupun diminta berhenti dari perang mulut dan disuruh beristigfar dan mengucap. Kedua-duanya mendakwa mahu memenuhi pesanan isteri yang tengah mengandung dan mengidam mahukan perut muda.
Bagi Wan Qalbu Al-Hassad walaupun kedua-duanya berbadan sasa macam ahli bina badan tetapi masing-masing dari spesies takutkan bini, sanggup nak bergocoh supaya hajat bini dapat dipenuhi.
“Sebelum lembu ni disembelih, kita ramai-ramai bertakbir memuji kebesaran Allah, malah selepas tunaikan sembahyang sunat Aidiladha tadi kita bersalaman dan bermaaf-maafan. Sekarang abang berdua boleh berbalah pasal perut muda lembu. Abang berdua ni tau ke tidak tujuan berkorban?" ngomel Wan Qalbu Al-Hassad. Suaranya agak tinggi dan ada nada geram.
“Mu ni siapa?. Atas lembu ni mu tak ada bahagian pun,” sanggah seorang daripada lelaki yang berebut perut muda.
“Ha ah. Mu tak patut masuk campur. Dahlah tak ada bahagian, mu budak lagi,” seorang lagi lelaki yang berebut perut muda lembu turut menyanggah, membuatkan Wan Qalbu Al-Hassad merasakan seolah-olah kehadirannya membantu melapah lembu korban bagaikan hidung tak mancung pipi pula yang tersorong-sorong.
Tetapi kalau membiarkan kemungkaran berlaku depan mata adalah suatu tindakan yang tak patut kerana selain menuntut umatnya saling tegur menegur dan saling memperingatkan sebagaimana terkandung dalam surah Al-Asyr yang mengandungi lima ayat dan merupakan surah ke seratus tiga dalam susunan surah-surah al-Quran yang mengandungi seratus empat belas surah, Allah juga mahukan pihak yang berbalah didamaikan sebagaimana yang terkandung alam ayat kesepuluh surah al-Hujurat.
Yang tidak betul kena diperbetulkan. Membetul apa yang tidak betul berkaitan dengan soal agama kena ada keberanian, kena ada ketulusan dan ketelusan.
“Umar! Jika engkau sebagai khalifah menggunakan tatacara pemerintahan yang menyimpang dari apa yang dihalalkan oleh Allah dan Rasul-Nya, jika engkau membelakangi rujukan suci lagi mutlak yakni al-Quran dan hadis, aku bersumpah atas nama Allah dan Rasul-Nya, pedang inilah yang akan aku gunakan bagi memenggal lehermu!"
Ketegasan si tempang yang meletakan hujung mata pedangnya pada leher Umar Ibnu al-Khattab pada hari sahabat yang terkenal dengan garangnya sehinggakan iblis dan syaitan pun mengelak dari terserempak atau berselisih jalan dengannya sebagaimana yang disebut dalam satu kuliah Maghrib oleh seorang ustaz muda di masjid tempat dia sembahyang jemaah setiap waktu terngiang-ngiang di telinga Wan Qalbu Al-Hassad yang sedang dilanda gangguan perasaan antara tuntutan menegur kesongsangan dengan merasakan diri seolah-olah hidung tak mancung pipi tersorong-sorong.
Kononnya si tempang bertindak sedemikian dan perlakuannya itu telah memeranjatkan hadirin yang lain dengan hunusan pedangnya apabila Umar yang pada hari pelantikannya sebagai khalifah kedua selepas kematian Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq, meminta supaya beliau disokong dan diberi kerjasama selagi beliau memerintah selari dengan hukum hakam dan kemahuan Allah dan rasul-Nya.
Para panglima perang menghunus pedang hampir serentak bagi memastikan pedang merekalah yang akan menamatkan riwayat si pincang yang dianggap telah berkurang ajar dan mengaibkan khalifah itu.
Bagaimanapun tindakan mereka itu telah dihalang oleh khalifah, malah panglima-panglima itu kononnya telah dijerkah oleh khalifah, malah Umar dikatakan sangat marah dengan reaksi para panglima perang itu.
Sebaliknya Umar telah memuji keberanian si pincang yang tidak segan silu, tidak merasa takut dan tidak merasa rendah diri untuk memberi amaran kepada khalifah kerana dia mahu pastikan khalifah melaksanakan pemerintahan secara Islam ‘sengoti’.
Menyinar
Bagi Umar, selagi ada umat Islam seperti si pincang itu, selama itulah sinar syiar Islam tidak akan malap, sebaliknya akan terus menyinar dan gemerlapan.
Terbukti bukan mudah untuk berdakwah secara salafiah, secara yang tidak terikat dengan peraturan kena mengambil kira kepentingan tertentu agar apa yang dikuliah, disyarah dan menjadi isi dakwah tidak menyinggung mana-mana pihak. Kalau ada ilmu yang banyak pun, malah pemegang Ph.D dalam bidang syariah pun seadainnya tidak ada tauliah, akan dikira salah memberikan kuliah, boleh ditangkap dan didakwa.
“Boleh awak kecing dalam tempurung?"
Wan Qalbu Al-Hassad teingat kembali betapa tergamamnya dia, bukan kerana dia disuruh kencing dalam tempurung oleh imam masjid tempat dia sembahyang berjemaah setiap waktu tetapi kerana nada suruhan imam itu agak kasar, menyakitkan hati dan menyinggung perasaan.
Lebih-lebih lagi semasa menyuruhnya, imam siap dengan muka masam mencuka sekali walaupun dia seorang yang banyak tersengih dan cara cakapnya santun.
Gemulah bapanya dulu pernah bagi penumbuk rakan sendiri sampai bersembur darah hidung hanya kerana sapaan rakannya menggunakan bahasa yang kurang tepat.
Kejadian itu berlaku di depannya ketika dia masih budak. Gemulah bapanya seorang pejuang bahasa yang cepat pongoh dan ringan tangan serta kaki. Silap sikit cepat sangat bagi penampar, hulur penumbuk dan sepak terajang. Kebetulan gemulah bapanya ada kepandaian bersilat dan tomoi siam.
Sebelum bapanya mati, ibunya tidak pernah pula ceritakan tentang amukan bapanya di balai polis kerana kesilapan ejaan namanya itu. Dia sendiri pernah dimarahi gemulah bapanya kerana mengeja ‘nikmat’ yang kononnya membawa makna ‘laknat’.
Ejaan yang betulnya adalah ‘ni‘mat’ yang membawa makna sedap atau sejahtera. Dalam bahasa Arab dieja nun-ya-ain-min- ta, bukannya nu-ya-kaf-min-ta. Gemulah bapanya mahu dia bercakap ikut ejaan Arab bagi perkataan Arab yang dimelayukan supaya tidak berubah makna kerana sebutan yang tidak tepat.
Mujurlah walaupun namanya lambang kebengkengan dan kegarangan, dia tidak bengkeng macam gemulah bapanya, mungkin dia ikut perangai ibunya yang sentiasa ‘cool-down’ dan tersengih.
Kalau perangainya ikut macam gemulah bapanya, dahi imam tentu dan bertelur kena penumbuknya kerana ajuan pertanyaan imam agak kasar, menyakitkan hati dan menyinggung perasaan.
“Buat apa kencing dalam tempurung?"
“Telek muka awaklah”
“Telek muka guna cerminlah. Kenapa nak guna air kencing dalam tempurung. Imam ni betul ke tidak ni?"
“Awak tu yang tak betul”
“Apa yang tak betulnya saya?"
“Kepala”
“Kepala saya?"
“Ha ah, kepala awak tak betul”
“Di mana tak betulnya kepala saya ni?"
“Bentuknya memang betullah. Tak ada cacat celanya”
“Imam ni yang mana betul ni. Sekali kata kepala saya tak betul, sekali kata betul pula”
“Isi kepala awak tu yang tak betul”
“Ya ke?"
Imam merengus, tunjuk bengis.
“Apa yang tak betulnya isi kepala saya?"
“Kalau isi kepala awak betul, tak ‘kan awak sanggup nak tegur Mahaguru”
“Dia buat silap, kena tegurlah. Bagi saya menegurnya adalah fardu kifayah. Kalau saya atau tak ada sesiapa tegurinya, tak peringatkan dia, kita semua akan berdosa”
“Awak tu siapa, Mahaguru tu siapa”
“Dia orang, saya pun orang”
“Orangnya dia tu macam mana dan orangnya awak pula macam mana”
“Maksud imam?"
“Cukup ilmu ke awak nak menegurnya. Macam mana kalau yang awak kata silapnya tu sebenarnya betul?"
“Saya pun mengaji juga. Cuma saya tak berjanggut dan tak berserban. Saya boleh tau mana yang betul dan mana yang tak betul. Saya pun banyak kitab, baca terjemahan al-Quran dan Hadis”
“Bagus kalau macam tu”
“Rasanya saya patut beritahu imam walaupun mungkin imam dah tau”
“Apanya yang awak kata patut beritahu tu?"
“Ilmu, iman dan takwa sebenarnya bukan bergayut pada janggut, terbungkus dalam lilitan serban atau tersorok dalam jubah”
“Maksud awak?"
“Ramai orang silap”
“Apanya yang silap?"
“Silap tanggapan. Silap kefahaman, silap andaian dan persepsi”
“Saya tak faham”
“Ramai orang percaya bila berjanggut, berjubah dan berserban, maka alim dan waraklah, maka tinggilah tahap iman dan takwa seseorang. Malah, orang yang berkopiah pun dianggap lebih alim, lebih Islamik dari orang bersongkok, apatah lagi orang yang tidak berkopiah atau bersongkok langsung, akan dianggap jahil teropong”
“Saya masih tak faham”
“Kerana Mahaguru berstatus mahaguru yang distatuskannya sendiri pada asalnya demi kepentingan politik yang dianuti, kerana dia berjanggut, berjubah dan berserban dengan ekor serbannya sampai mencecah punggung, maka bagi imam, saya yang berseluar jeans dan berkemeja T ni tak layak untuk menegur kesilapan Mahaguru”
“Memanglah. Mahaguru tu alim orangnya. Cakap dan perbuatannya memenuhi ciri-ciri Islam”
“Tetapi dia bukan nabi”
“Saya tak kata dia nabi”
“Tetapi menganggap apa yang dia cakap dan perbuatannya betul belaka samalah seperti menabikannya kerana yang cakap dan perbuatannya betul belaka hanya nabi yang maksum. Sebagai manusia biasa, Mahaguru juga tidak bersih dari melakukan salah dan silap”
“Saya tau”
“Tapi imam tak pernah berani menegur kesilapan Mahaguru, sekali gus samalah seperti mengakui bahawa apa yang Mahaguru cakap dan buat, betul belaka. Secara tidak langsung samalah seperti memberhalakan Mahaguru”
“Pada awak apa yang tak kenanya Mahaguru?"
“Dia kata ayat al-Quran berjumlah 6,666"
“Dah memang ayat Quran 6,666 ayat”
“Terbukti imam juga hanya ikut apa yang orang lain cakap tanpa cuba untuk membuat kajian sama ada apa yang dicakapkan itu betul atau silap”
“Ramai yang kata ayat al-Quran berjumlah 6,666 ayat”
“Tak hairan apabila munculnya tokoh macam Mahaguru, maka apa yang Mahaguru cakap dan buat diterima sebagai betul belaka, malah ada yang melabelkan Mahaguru sebagai keramat.”
“Bukan keramat tapi mulut masin”
“Bagi saya ia bersifat memberhalakan sesama manusia dan boleh merosakkan akidah”
Imam melurut janggut yang sudah banyak berwarna putih dari hitam.
“Imam tau kan surah-surah al-Quran yang sebanyak 114 surat, 30 juzuk dan kira-kira 1.2 juta huruf itu terbahagi kepada dua bahagian”
“Surah Makkiyyah dan Madaniyyah?"
“Tau pun”
“Saya pun mengaji”
“Imam tau kah surah Makkiyyah ada 4,780 ayat”
“Tak perasan pula saya”
“Surah Madaniyyah pula ada 1,456 ayat”
“Itu pun saya tak perasan”
"4,780 + 1,456 jumlahnya 6,236. Dari mana lagi datangnya 430 ayat kalau dikatakan ayat al-Quran mengandungi 6,666 ayat. Ini fakta. Al-Quran kitab suci dan rujukan mutlak. Umat Islam sengoti kena mesra al-Quran?"
“Kerana itu awak mau jumpa Mahaguru dan mau menegur apa yang awak katakan kesilapan?"
“Ada banyak lagi pekara yang perlu saya tegur dan peringatkan. Kononnya mencerca dan berkata buruk kepada seseorang individu dibolehkan, walhal mencerca dan memburukan orang lain adalah tidak halal”.
Imam mengeluh panjang.
“Malah ada banyak lagi perkara yang bersifat mensamatarafkan Allah dan rasul-Nya dengan kita manusia di samping disamatarafkan Islam dengan badan siasah yang dianuti menjadi bahan sebutan dan syarahan Mahaguru. Semuanya tu boleh rosakan akidah dan menjadi fardu kifayah kepada kita untuk menegur dan memperingatkannya”
“Maksud awak?"
“Kalau dibiarkan tanpa ditegur dan diperingatkan, bukan sahaja Mahaguru yang sebut dan lakukannya berdosa tetapi kita yang membiarkannya tanpa ditegur dan diperingatkan juga akan berdosa sama. Bagi memenuhi tuntutan fardu kifayah, saya akan laksanakannya”
“Boleh berani ke awak?. Mahaguru boleh tahan juga bengkengnya”
“Biar dia marah kerana semarah mana pun dia, tidak akan memberi sebarang bekas. Yang saya takut ialah kalau Allah marah”
“Kalau awak rasa apa yang awak buat tu betul, buatlah. Saya mengaku saya tak berani”
“Sikap imam ni boleh menyebabkan semakin hari akan bertambahnya jumlah umat Islam yang sanggup memberhalakan sesama manusia dan sudahnya umat Islam akan semakin terpisah dari amalan hidup sebagaimana yang termaktub dalam fardu ain dan fardu kifayah apabila akidah dah punah”
Menjelaskan
Dia tidak sempat untuk terus menjelaskan apa yang patut dijelaskan apabila imam melangkah ke keretanya. Tidak lama kemudian kereta milik imam yang jenisnya sama dengan yang dipakai oleh para eksekutif, meluncur pergi.
Kononnya imam itu terbabit dalam mengambil upah menikahkan lelaki yang mahu berpoligami secara rahsia dan disembunyikan dari isteri yang sedia ada. Pernikahan itu pula siap dengan surat dan kad nikah sekali. Bayaran yang dikenakan tidak kurang seribu ringgit, malah ada yang mencecah sehingga lima ribu ringgit.
Kalau sempat tadi dia mahu tegur dan peringatkan imam bahawa perbuatannya itu sangat tidak selari dengan tuntutan Islam, Allah dan Rasul-Nya.
Pun begitu gagal memberi teguran dan peringatan pada kali ini bukan bermakna imam itu akan terlepas dari akan ditegur dan diperingatkannya demi kerana tuntutan fardu kifayah.
Pagi ini, pada pagi selepas Raya Haji memerlukan dia jadi berani untuk nyatakan bahawa daging korban bukan untuk menjadi rebutan di kalangan mereka yang ada bahagian korban ke atas seekor lembu tetapi untuk diagih-agihkan kepada fakir miskin. Kalau mereka yang bekorban sampai jemur kering dan berperkasamkan daging korbannya, maka korbannya tidak akan diterima sebagai korban lagi, apatah lagi kalau sampai berebut bahagian-bahagian tertentu ke atas seekor lembu yang dikorbankan!
Sumber: Mingguan Malaysia;29 November 2009
Showing posts with label Cerpen. Show all posts

Sunday, December 27, 2009
Kompang Kenduri
Oleh Siti Jasmina Ibrahim
LENGANG. Di halaman rumah hanya tinggal berbaris-baris kerusi plastik biru, meja bulat yang beralas kain putih yang boleh muatkan sepuluh kerusi mengelilinginya.
Meja bulat sebegitu saja ada 200 buah, bermakna dijangka 2000 orang akan hadir, mungkin lebih disebabkan majlis diadakan bukan terlalu formal. Tetamu datang makan, bangun, diganti dengan tetamu lain yang akan menikmati lapan jenis juadah berkonsepkan masakan kampung.
Apapun, di saat sepatutnya sudah ramai berlegar, beramah mesra di bawah khemah kain beropol, biru, merah, hijau ini, sebaliknya lengang. Tiada sesiapa pun datang.
Haji Noi Ad sudah heboh di corong suara suraunya, mengatakan majlis kahwin anak Ketua Utama Kampung Bersama ini tidak akan jadi. Entah kenapa sejak awal tahun lagi Haji Noi Ad sudah ada firasat mengatakan kenduri hari ini tidak menjadi. Dia bukanlah ada ilmu tilik atau makrifat pun. Dia imam biasa di sebuah surau kecil Kampung Bersama. Jemaahnya pun kawan-kawan, saudara mara dekat dan ada yang bau-bau bacang saja. Boleh dibilang, tapi cukuplah kalau mahu berjemaah Jumaat.
Seorang lagi sudah meramal kenduri kahwin ini tidak akan terjadi ialah jiran Ketua Utama. Orang kanannya. Lek Ang. Lelaki Tionghua ini sudah lebih 50 tahun tinggal di sebelah rumah Ketua Utama. Mereka jugalah sama-sama bekerja, majukan kampung. Lek Ang disayangi oleh Ketua Utama. Tidak ada Lek Ang, tidak menjadi pekan kecil yang dibarisi kedai-kedai pelbagai kemudahan yang sudah ada 40 buah. Sudah ada pasaraya dua tingkat milik mereka bersama. Bukan itu saja, kedai serbaneka 24 jam pun ada. Hebat pekan Kampung Bersama. Terkenal dengan kecantikan, kebersihan, infrastruktur yang lengkap dan pernah memenangi pekan tercantik dan terancang di peringkat kebangsaan.
Hebat kampung Bersama.
Sungguhpun begitu, sikap tidak setuju dan sinis Lek Ang sejak awal tahun juga, membuatkan Ketua Utama resah dalam diam. Resah dalam senyum apabila dia bermesyuarat, berkumpul bersama-sama orang pentingnya. Lebih mendebarkan Ketua Utama apabila orang kedua penting, Sathi juga tidak yakin kenduri kahwin anak Ketua Utama akan berjaya diadakan.
Sathi pengusaha pertanian yang berjaya di kampung tersebut. Dia bijak selain banyak cakap, kebijaksanaannya tidak boleh dinafikan. Cakap dan fikir sama jalan. Itu sebab Sathi orang kedua kesayangan Ketua Utama. Sathi tidak banyak hal. Semua perkara dia sentiasa menyokong dan tahu apa yang sepatutnya dilakukan. Pengikut Sathi juga ramai walaupun tidak seramai pengikut Lek Ang, namun Kampung Bersama ini aman. Itu sebab namanya pun Bersama. Mereka tak pernah selisih pendapat. Lebih 50 tahun mereka bersama saja. Sehinggalah apabila awal tahun Ketua Utama mahu mengadakan kenduri kahwin anak sulungnya, Wan. Wan ini anak kesayangan Ketua Utama. Kiranya luahan kasih cinta pertama Ketua Utama kepada isterinya dulu, maka lahirlah Wan. Gadis ini sudah sunti, manis, walaupun sudah belajar di luar negara dan mendapat ijazah cemerlang, namun Wan tetap kekal dengan budaya negaranya. Jiwa kuat pada jati diri. Jejaka pilihan Wan pula datang dari keluarga yang baik-baik, yang kuat pegangan juga.
Pendek kata, mereka berdua bagai pinang dibelah dua. Tidak ada salah silap. Kenapa orang kampung, terutama orang penting di kampung yang tidak pernah selisih pendapat ini, tidak setuju? Persoalan itu memeningkan Ketua Utama. Datang lagi masalah yang memeningkan apabila musuh Ketua Utama dari kampung seberang, Andika menggunakan kekalutan ini sebagai bahan kempen. Dia sudah lama mahu memecahbelahkan penduduk Kampung Bersama. Imam Haji Noi Ad pun seperti setuju dengan Andika berbanding Ketua Utama.
Pening. Pening.
Segala kekalutan, bertegang lidah antara ketua-ketua, saling mahu beritahu mereka lebih betul dengan firasat dan telahan masing-masing akan kenduri kahwin ini, yang laranya tentulah Wan. Anak gadis sunti Ketua Utama.
Melara, meranalah Wan tiap hari sejak diketahui kampungnya tidak aman lagi. Wan sepatutnya akan menyatukan, mengutuhkan silaturahim semua, sebaliknya, perkahwinan Wan ini, ada yang membuatkan penduduk meluat, mengeluh dan penat. Bukan salah Wan. Wan dilahirkan oleh ayahnya dengan segala kesempurnaan. Maka Wan berjalanlah seperti yang didoakan, diharapkan. Kalau ikut pendapat kawan baik Wan, ada yang berbisik di belakang, tidak suka dengan gembar gembur Ketua Utama tentang perkahwinan ini. Mereka kata, macamlah selama ini di kampung mereka tidak pernah dibuat kenduri kahwin. Macamlah tidak pernah ada perkahwinan yang berlaku. Semua hal biasa, buat apalah Ketua Utama hendak canang sangat semacam ada sesuatu yang luar biasa diketengahkannya.
Sedih
Wan lagi sedih mendengarkan, mengingati bisik-bisik penduduk kampung yang datang dari pengikut ayahnya dan pengikut-pengikut ke dua-dua orang kuat ayahnya. Wan tidak tahu mahu letak hatinya di mana kini. Dia sayang sangat pada kekasih hati yang bakal menjadi suaminya itu. Dia juga sayangkan ayah dan ibu. Tanpa mereka tahu, dia sayang juga kampung halaman dan keharmonian penduduk di situ. Mereka sudah seumpama keluarga juga buatnya. Sekarang ini mereka sinis padanya, mereka ketawakan di belakang. Yang ada seakan menyokong dan menolong persiapan majlis pun, tidak diketahui sama ada benarkah hati mereka tulus atau berpura-pura semata-mata mahu ayah melihat yang mereka sentiasa ada di belakang ayah. Kalau hendakkan pertolongan apa-apa daripada ayah nanti, senanglah sikit.
Wan sedih, masih bersedih, lebih menyedihkan Wan apabila melihatkan ayahnya dengan berkeyakinan tanpa goyah, mengangkatnya, menyanjung dirinya sebagai lambang anak yang terbaik dan bakal melangsungkan perkahwinan yang akan membahagiakan semua sepanjang hayat. Bagaimana Wan mahu memberitahu ayah, supaya berpada-pada dan buat saja tanpa terlalu perlu melakukan segala hal dengan makna luaran semata. Meja, kerusi, khemah canggih, pelamin bertakhta emas perak, perhiasan mewah, bunga-bungaan segar sekeliling rumah dan indahnya kamar beradu raja sehari yang segalanya baru dan berpuluh ribu ringgit itu, hanyalah luaran semata. Malanglah andai itu saja yang difahami, yang diterima oleh penduduk Kampung Bersama.
Wan lebih mahu ayahnya kayakan jiwa, sucikan hati, murnikan segala tindakan dan hasrat. Cara itu lebih mendalam kesannya. Perkahwinan itu satu gabungan perasaan menjadi satu. Perkahwinan sudah berlaku dari dulu tidak kiralah apa cara namun di Kampung Bersama ini, sudah berlaku sejak dulu. Itu sebab tidak ada sengketa melampau antara penduduknya. Apabila ayah terlalu menyatakan yang perkahwinan Wan ini luar biasa, lain dari yang lain dan mahu semua mengikut cara mereka, pastinya kekeliruan berlaku, kekeluhan, sikap perlekeh akan terjadi.
Hj Noi Ad ada di masjid sedang membersihkan mikrofon yang baru dibelinya. Ada lebih duit pergi Mekah, dia beli mikrofon baru dan corong suara baru untuk surau kecil ini. Tiap hari dia akan bersihkan, lap beberapa kali mikrofon sebelum dia menyalakan suis untuk uji bunyi. Dia mahu azan berkumandang akan kedengaran jelas supaya hasratnya agar berjemaahlah, kalau tidak pun solatlah di rumah akan termakbul. Baik niat Imam Haji Noi Ad. Yang tak sedapnya, sesudah hasrat itu dilakukan, datang pula sesi ceramah agama yang sepatutnya ceramah agama yang berlaku, sebaliknya, separuh daripada masa yang diperuntukan untuk ceramah itu, digunakan untuk memperlekehkan majlis perkahwinan anak Ketua Utama. Ketua Utama itu sebenarnya kenalan baik juga dengan Imam Haji Noi Ad, tetapi sampai sekaranglah tidak terjawab lagi sebab dia menentang. Ketua Utama masih mahu menganggap niat kawannya itu baik cuma dia tersinggung juga kerana kawan sendiri tidak menyokong majlis yang mahu meraikan anak sulungnya itu.
Ada suara yang berbisik kepada Ketua Utama, bahawa Imam Haji Noi Ad bimbang. Andai majlis perkahwinan ini tidak dikawal dengan betul, akan jadi lain. Dia bimbang, nanti Ketua Utama hilang tempat tanpa dia sedari. Secara halus, ada duri dalam segala kesepakatan perkahwinan Wan ini. Itu yang membimbangkan Imam Haji Noi Ad, namun sebagai orang lama, lebih banyak pengalaman, dia tidak akan mengatakan dia bimbang. Dia akan melepaskan ego melalui rasa tidak senangnya. Hakikat yang difikirkan, dia bimbang nasib kenalan yang seagama itu.
Adakah Ketua Utama mempertimbangkan keprihatinan imam Haji Noi Ad? Atau melihat imam Haji Noi Ad sebagai seteru sebagaimana Andika yang memang sedari awal menyeteru Ketua Utama. Andika susah hendak setuju pendekatannya. Andika sebenarnya sukakan perkahwinan tetapi harus dia yang mengahwinkan atau dialah yang kahwin walaupun dia sudah beristeri . Isterinya yang baik dan setia padanya walaupun keluar masuk Andika dari kampung seberang dengan pelbagai dugaan dan menggugat maruah. Andika tetap mahu perkahwinan yang mahu diangkat itu, harus datang daripada dia, dan bukan daripada Ketua Utama atau keturunan Ketua Utama.
Lek Ang dan Sathi pula lain kes. Tidak setujunya mereka dalam diam. Konon macam setuju sebab Sathi yang pergi tempah kemah, kerusi meja, bunga-bungaan segar dari tanah tinggi sementara Lek Ang yang mencari, menyelesaikan kos pelamin emas perak, kamar raja sehari dan segala hantaran yang diperlukan. Itu belum lagi orang-orang kanan mereka ini, tolong untuk tukang menyediakan masakan ala-ala kampung, yang tolong bayar upah barukan jalan dari halaman rumah Ketua Utama sehinggalah ke jalan masuk ke kampung ini. Semua sudah berturap baru. Masih boleh bau lagi minyak tar atas jalan yang baru digilis, diratakan.
Dalam diam mereka mengeluh, mereka terpaksa mengikut arus yang sedang membuatkan mereka lemas sesama sendiri. Ada krisis pula di kalangan mereka. Sathi perlu menjawab persoalan orang bawahannya yang mula berasakan Sathi sebagai pak turut semata dan tidak memperjuangankan hak mereka. Lek Ang pula terpaksa berebut dengan orang yang bijak pandai dan yang mula berani memberontak mahukan perkahwinan Wan nanti menjadi seperti majlis konsep mereka pula. Kekalutan dalaman itu, membuatkan Lek Ang dan Sathi terganggu kesetiaan mereka. Kesetiaan luaran yang mahu persamaan hakikatnya. Kesetiaan yang mula meragukan apabila pelbagai hak yang mereka tuntut pula secara halus dan perlahan-lahan.
Ketua Utama sedarkah hakikat ini?
Pagi sebelum majlis yang diharapkan akan menjadi perkahwinan terunggul abad ini, Wan menghilangkan diri. Puas ibu, mak andam, nenek Wan dan saudara mara perempuannya mencari. Pantang orang tua-tua, pengantin perempuan keluar rumah di hari perkahwinan. Sekarang Wan tidak ada dalam kamar serba mewah dan harum ini. Ketua Utama menyalahkan isterinya. Isteri yang sudah berbaju berlabuci dari leher baju sehingga ke kaki kain, tidak boleh berjalan laju. Baju kurung dipakai sudah terlalu berat dengan labuci permata dan mutiara. Ketua Utama menyalahkan labuci-labuci baju kurung isterinya itu. Ketua Utama mengerahkan semua keluar mencari anak kesayangannya. Hebohlah satu kampung mencari bakal pengantin.
Termenung
Rupanya Wan duduk termenung di tengah sawah yang sudah terbiar tidak dituai dan air tidak bertakung lagi dalam petak-petak. Sawah kecil di hujung kampung yang sebenarnya milik arwah moyangnya, iaitu atuk kepada Ketua Utama.
Wan rindukan suasana di situ. Semasa sawah ini hidup, kuning emas padi mengulit ke kanan ke kiri dihembus bayu petang dan pagi. Kicauan burung berterbangan sekitaran dan selut, becak tanah sawah yang megah membesarkan padi-padi yang bakal menjadi beras an nasi yang mengisi sebahagian perut penduduk di sini. Wan rindukan ketenangan subur sawah kecil ini. Dulunya di sini aman bukan saja luaran namun hatinya juga aman. Kerja kerana mahu menyara, meneruskan kehidupan dan bukan tamakkan yang lain, bukan mahu menjatuhkan, mengangkat yang tidak sepatutnya diangkat. Tidak terjajah lagi.
Apapun Wan tahu semua itu datang dari utopianya saja. Dalam akal kecil gadis ini saja. Mana benar semua itu terjadi di sini atau di mana-mana. Yang akan terjadi benar dan tulus hanya pengabdian diri pada kejadian hakiki. Iman meletakkan kebenaran kehidupan setiap insan. Wan tahu itu. Wan reda.
Ketua Utama akhirnya bertemu dengan anak kesayangannya yang masih duduk di tengah batas sawah. Angin bertiup kuat. Wan memandang wajah ayahnya. Dia senyum dan menghulurkan sepucuk surat dari bakal suaminya. Surat yang memutuskan, membatalkan perkahwinan mereka.
Ketua Utama terkedu.
Dia pulang ke rumah, termenung di anak tangga, tangannya terlanggar sebiji kompang yang tertinggal. Kompang berdenting kecil bunyinya.
Sumber: Mingguan Malaysia; 6 Disember 2009

Di langit Thursina, ada bintang yang menunjuk arah
Oleh Mawar Shafei
SAYA sebenarnya sedang melihat bintang dari satu sudut yang jarang sekali dapat disaksikan oleh orang banyak. Tidak seperti waktu kecil saya mengira berapa banyak bintang di langit yang kadang kala nampak bersegi-segi.
O, saya selalu asyik dengan keindahan langit malam seperti padang yang terbentang, dengan beralaskan lengan ayah. Kami berbaring di taman kecil belakang rumah dan menatap langit yang lapang. Saat itu, bintang atau bulan yang digantung akan menjadi pemandangan yang begitu mengesankan. Bintang atau bulan menjadi sahabat, seraya mendengar cerita saya dan ayah tentang impian. Ya, ayah mengajar saya untuk selalu berani bermimpi dan punya impian sendiri. Kata ayah, dengan impian itu akan membuat saya menjadi manusia yang mempunyai arah dalam hidup. Begini kata ayah, “anakku, lihatlah bintang yang paling cantik kerdipannya itu. Bukankah ia seperti menunjuk arah, satu arah yang harus kau tuju,” seraya menuding ke langit lepas. Dan saya mencari-cari bintang yang satu itu.
Melihat bintang ketika itu samalah seperti saya melihat cinta sekarang. Ya, beginilah, mahu saya beritahu sebuah narasi tentang bintang. Bintang adalah cinta. Dan cinta adalah sesuatu yang bersukma. Ya, cinta adalah cerita nan bersukma. Begitulah yang pernah saya baca saat mengembara di sebuah kota besar di Pulau Seribu Pura. Cinta dan suara itu terus berdendang di sepanjang susur jalan. Kemudian ia memasuki setiap lorong kecil yang ada dan semua lawang toko yang saya lewati. Cerita nan bersukma itu terus bergentayangan dan saya berusaha mahu mencapai dan mendakapnya. Kerana apa? Begitu seperti kata ayah, ia menunjuk suatu arah. Dan saya masih terus mencari arah itu.
Saya melihat bintang itu lagi dari tingkap kecil ini. Seperti saudara yang tentu asyik melihat keindahannya di malam hari, begitulah saya. Paling enak jika saudara dapat berbaring di sebidang padang seperti saya waktu kecil dahulu. Atau saudara dapat melihatnya dari sudut yang jarang sekali dapat disaksikan mata kebanyakan orang seperti apa yang saya nikmati sekarang. Sejak kecil saya sangat mencintai matahari, hujan, angin, pelangi, mega merah, bulan, bintang atau sering juga mahu tahu dari mana datangnya suara guruh apalagi sergahan petir di tengahari. Semua itu memberi makna yang banyak Matahari, sinarnya seperti masukkan cinta untuk kali pertama dalam sukma seorang perempuan. Ia sangat memberi kekuatan. Hujan, luruhnya sangat mengamankan. Angin yang selalu mengirim khabar yang sarat debar tentang sebuah makna bahagia. Atau pelangi yang melapisi keindahan hari sesudah gerimis hujan yang tiba-tiba dihala pawana dari belah utara dan matahari datang menjelma.
Ini antara baris yang kami nyanyikan di sekolah kanak-kanak. Saya senang mengulangnya dalam kereta waktu ayah menjemput pulang. Atau saat mahu tidur, suara lunak ibu akan lagu yang sama, membawa saya tidur dengan lena.
Dari timur matahari terbit pagi
Bila petang ke barat terus menghilang
Bila malam bintang-bintang berkerlipan
Oh cantiknya bila bulan dipagar bintang.
Ya, memang cantik sekali melihat bulan dan bintang yang menjadi lampu di langit seperti pantulan lautan luas yang di mukanya ada cahaya dari kapal yang cuba mengenal kelam malam.
Saya tiba-tiba berasa ayah menjadi Musa yang kali pertama menerima surah Tuhannya di Thursina. Dan kala itu saya dapat melihat banyaknya bintang yang gemerlapan di langit dan akhirnya dalam hitungan yang panjang, ayah menemukan saya akan sebutir bintang yang kerlipannya begitu mempesonakan. Bintang itulah yang menunjukkan arah kepada saya persis Musa yang mahukan Tuhan bersama dia mendepani keresahan umatnya. Persis juga kata ayah setiap kali saya resah, “Nila, ada bintang yang akan menunjuk arah kepadamu, anakku.”
Bukankah saat Musa memohon bintangnya iaitu Taurat sebagai pedoman, bermula Isnin di penjuru Thursinalah tempat dia berpuasa selama tiga puluh hari lamanya kemudian dipanjangkan lagi untuk genap sebulan. Dengan bintangnya Taurat itu, dia begitu memujuk Raja dengan seluruh kasih. Apa yang ditanya Musa, mahukah Raja menjadi orang yang bersih. Wahai Tuhan yang Maha Pengasih, saya sangat mahu menjadi orang yang membersihkan diri daripada segala yang keji. Saya mahu bersihkan diri daripada kesombongan, kebencian, dan apatah lagi ketika mahu terbang jauh dari bumi, saya sangat mahu berbakti kepada bangsa saya. Saya mahukan hati yang bersih untuk tujuan itu. Saya membaca terus kalimah itu dari surah Annazi‘aat.
Ya, begitu juga saya ditunjukkan arah bila kali pertama saya dipilih memasuki jurus ini. Saya tidak berbelah bahagi. Bintang itu seperti kompas yang pasti tanpa sebarang waham. Saya merupakan guru yang mempunyai minat kepada cakerawala dan segala yang berhubung dengannya. Apabila pemerintah begitu ghairah menyertai pasukan dunia lain menjelajah ruang angkasa, saya turut menawarkan apa yang saya ada. Selain kecenderungan latar belakang pendidikan, menurut ayah, saya layak kerana tahan lasak. Ya, saya menyenangi kegiatan padang dan olahraga. Tidak cukup itu, saya senang menjadi ikan setiap hujung minggu di kolam renang. Tahukah saudara setiap kali saya menyelam dan mengapungkan diri, saya sering membayangkan duyung yang manis sedang menggayakan lenggokan yang paling sempurna. Duyung itulah saya. Ah, asyiknya apabila saudara melihat si duyung ini seakan bersimpuh di sebongkah batu di tepian pantai berpasir putih sambil mata cenderawasihnya mencari-cari sebutir bintang yang sangat dia dambakan dari langit.
Pertama
Saya bukanlah perempuan pertama seperti Valentina yang menaiki kapal angkasa dan meluncur selaju Vostok 6 menuju ruang angkasa yang menyembunyikan banyak rahsia. Ketika saya diterima ke peringkat akhir dan kemudian memenangi hati juri menjadi wakil negara untuk ke angkasa, saya tahu bintang yang satu itu terus memberikan saya kerdipan dan kerdipan itu sungguh bermakna. Mana tidaknya. Saya anak dari sebuah bangsa yang punya satu warisan agung iaitu bahasa. Hanya itulah yang kami miliki selain Rasul dan Tuhan. Selebihnya di samping terus dijajah dalam penjara kolonial mahupun imperial, kami sudah kehilangan segalanya. Ya, hanya bahasa bangsa kami yang harus dipelihara. Saya yakin begitulah. Bukan seperti sebuah bangsa yang saya baca di akhbar akhir-akhir ini mereka sudah kehilangan bahasa atas nama pensejagatan. Menurut mereka tanpa menguasai bahasa dunia nombor satu itu, bangsanya akan ketinggalan. Maka diubah penggunaan bahasa di sekolah ke bahasa yang dihormati mereka lebih daripada bahasa sendiri yang mereka warisi. Saya fikir mereka adalah adalah bangsa yang kurang keyakinan dan bangsa yang tidak sabar. Melihat bahasa bernafas dan tumbuh bukan setahun dua, bukan juga satu dekad lamanya. Perjalanan menyintai bahasa bergerak berkurun-kurun dan itu sangat menuntut kesabaran dan kepercayaan yang panjang.
Selain mengenal lebih jauh tentang angkasa di tanah asing ini, saya juga mengenali beberapa jiwa yang merdeka. Dalam diam saya semakin mahu berkenalan dengan pemiliknya. Ah, Tian. Dialah si pemilik jiwa merdeka yang sangat mencintai bahasanya. Dia banyak menggaris dalam seni tulisan bangsanya dan seni tari yang sangat diminati. Dalam sut angkasawan yang menurutnya berharga 30 juta yuan, anak bongsu petani Heilongjiang yang pernah gagal menyertai visi negaranya, seperti menjelma menjadi bintang di hati saya. Justeru saya kian percaya dengan bahasa yang saya warisi ini. Ujar Tian,
“Bahasa bukan sahaja untuk kami menyampai kata dan ilmu, ia lebih daripada itu adalah cara kami berfikir, di dalamnya membicarakan nilai masyarakat dan konsep alam. Maka bahasa di negara saya amat dipelihara terutama dalam urusan pendidikan anak-anak di sekolah dasar. Hanya di sekolah menengah kami diajar sebaiknya akan bahasa dunia lain. Saya masih ingat kami punya guru bahasa Sepanyol dan Perancis yang mahir mengajar. Bahasa kami dijaga sejak zaman berzaman oleh pemerintah.” O, saya melihat bintang cantik itu sedang memberi kerdipan yang terbaik.
Cekal
Mengenali Tian yang cekal dan terus berusaha, mengingatkan saya saat memanjat tangga curam Tembok China atau memasuki lapis demi lapis pintu gergasi merah di Kota Larangan. Tiba-tiba saya bertemu bintang yang berkerdipan sangat mempesona! Sejak zaman Dinasti Ming, lebih 600 tahun lalu, bahasa bangsa saya secara rasmi diajar dari Maktab Bahasa Asing, Si Yi Guan dengan moto ilmu penyalinan bahasa asing itu boleh bertahun-tahun tidak digunakan, tetapi tidak boleh sehari dirapikan.
Usai hujan muncul garis tujuh warna
Merah biru kuning jingga iring makna
Tambah riang hijau ungu sama nila
Matahari bawa ria dan bahagia.
Mana tidak bahagianya, saat pertama kali saya menjejak kaki di Kazakstan, saya mula mengenali tapak pelancaran Baikanor Cosmodrone. Namun ayah sering berpesan, “Nila, anak perempuan, satu-satunya anakku yang hatinya seperti gunung.” Saya menyimpan pesan itu dalam hati. Gunung bermakna harapan yang tinggi. Gunung bermakna kukuh dasar keyakinannya. Gunung bermakna di puncaknya mengenal dan mendapat segala setelah mendaki pelbagai lekuk duga dan batu halangan.
Atau seperti madah Tian, Si Putera Langit saya itu, yang mengagungkan falsafah Laozi, “Nila, orang yang berkebajikan adalah air. Andai sahaja dapat diperhalusi peribadi air, pasti sahaja kau menjadi orang yang bermanfaat banyak bagi selaksa kehidupan dan kejadian. Kau akan memiliki tiga keluhuran yang pasti disenangi segala makhluk yang ada. Kau menjadi tempat kehidupan banyak pihak dan dengan semua kelembutan, dirimu cuba akur terhadap alam tanpa perlawanan. Dan kau akan sering mengalir ke tempat yang lebih rendah, tempat jauh yang tidak disukai orang banyak. Kau adalah air yang penuh lemah lembut, menyesuaikan diri dengan apa yang ditempati. Nila, dirimu menjadi manusia yang rendah hati dan kebenaran akan semakin dekat dengan dirimu, sayang.”
Sekali lagi saya melihat Tian adalah bintang yang mengerdip, begitu menyilaukan tapi enak untuk terus diperhati. Saya tahu sebelum Tian menyertai latihan di sini, dia sempat terlibat dengan kumpulan tarian berasaskan seni lenggok kaligrafi bangsanya. Menarik sekali, bukan? Tian angkasawan yang juga senang dengan tarian dan kaligrafi! Saya sedar itu manifestasi kecintaan Tian terhadap warisan bangsanya. Persembahan tarian berasaskan gerak seni tulisan bahasa bangsanya juga adalah sumbangsih kepada abang yang banyak berkorban untuk dia berjaya menjadi bintang yang berkerdip penuh gaya sekarang. Ya, banyak yang mungkin gusar saat kami semua mahu terbang ke ruang gelap namun penuh misteri ini. Anak-anak murid saya menyampai doa lewat angin yang berlayar jauh, “kami doakan cikgu selamat mencipta sejarah bangsa kita.” Ah, betapa sebaknya saya. Ajal memang sahabat setia yang menunggu kita bila saatnya tiba. Seperti Tian, akhirnya yang pergi dahulu adalah abang yang sangat menyayangi dia. Dan saya dalam diam juga pernah membayangkan adakah nasib saya seperti Christa dan tujuh rakannya selepas 73 saat Challenger berlepas dari tapak pelancaran. Di manakah saya berada pada saat akhir jiwa saya dalam perjalanan akhir bertemu Penciptanya.
Saya tahu pada ketika saya melihat bintang dari satu sudut yang jarang sekali dapat disaksikan oleh orang banyak, di bawah sanalah berdirinya Thursina. Dari kotak tingkap kapal angkasa kami ini, saya lihat di langit sekarang ada bintang yang dikatakan ayah, selalu menunjuk arah. Wahai Tuhan yang menyayangi kami, saat ini saya sangat hampir dengan bintang itu. Bintang yang selalu Kau pilih untukku. Bintang yang kerdipannya seakan tidak mahu saya lepas memandangnya walau sepicing mata. Ya, bintang itu dengan jelas menunjuk arah betapa saya harus berbahagi cerita dan ilham kepada anak bangsa apabila saya pulang ke bumi kami, pulang ke negara, pulang ke bilik darjah bertemu kembali dengan anak-anak murid saya yang matanya juga seperti bintang kejora. Ah, anak-anak murid yang sangat saya cinta. Akan saya tunjukkan arah bahawa kami punya maruah yang tinggi. Kami punya bahasa dunia yang sangat indah dan melalui bahasa itu kita punya cinta yang bersukma untuk selalu memeliharanya.
Sumber: Mingguan Malaysia;22 November 2009

Dongeng gagak sarang bangau
Gak! Gak! Gak!
Gagak hitam itu kepingin benar mahu mendiami sarang bangau putih itu. Sarang putih yang tersergam agam di atas sebuah bukit yang nyaman menjadi idaman setiap unggas di daerah itu. Bukan semua unggas pula yang layak menduduki sarang yang berwarna serba putih itu. Penghuninya mestilah pula sama warnanya dengan warna sarang itu. Warna putih itu sudah cukup membuktikan bahawa yang putih tidak boleh disamakan dengan yang hitam. Ia menjadi lambang perbezaan di antara yang putih dengan yang hitam.
Sarang itu dibina di atas sebatang pokok di atas sebuah bukit di sebuah ladang jagung dan gandum seluas 100,500 hektar. Bukit itu terletak di tengah-tengah ladang itu dan kelihatan bagaikan sebuah pulau. Dari atas bukit itu jelas kelihatan panorama ladang yang indah menghijau di bawahnya. Ada sebuah menara setinggi tujuh tingkat dibina di sisi sarang putih itu. Menara itu dilengkapi dengan sebuah teropong besar berpusing yang boleh melihat sekeliling ladang itu. Menara itu ialah menara tinjau untuk memantau serta memerhati kuli-kuli ladang itu sama ada ponteng atau mencuri tulang.
Sudah lebih 200 tahun sarang putih itu didiamai oleh unggas yang berbulu putih. Silih berganti penghuninya tetap juga mengekalkan tradisi bahawa ia mestilah sama warnanya dengan sarang itu. Bukan itu sahaja, malah mandur-mandur dan penyelia-penyelia ladang itu pun disyaratkan hanya unggas yang berbulu putih sahaja yang layak memegang jawatan itu. Sementara mereka yang berbulu berwarna, terutama yang hitam legam dan pekat, hanya layak menjadi kuli batak di ladang itu.
Sarang putih itu amat digeruni oleh nenek moyang gagak hitam. Sarang agam itu bagaikan puaka yang selalu mengancam kehidupan dan ketenteraman mereka. Kuasa yang berada di sarang putih itu mencengkam kebebasan dan hak asasi mereka. Penghuni di sarang putih itu bagaikan Firaun yang menganggap dirinya Tuhan. Sudah cukup lama kegerunan itu melakar dan menglingkungi kehidupan gagak-gagak hitam di ladang itu. Sudah cukuplah segala seksa zahir dan batin yang ditanggung oleh keturunan gagak sejak berkurun-kurun lamanya.
Gak! Gak! Gak!
Oleh yang demikian, gagak hitam itu mahu mencipta satu perubahan. Dia mahu segala tradisi yang sudah lapuk dan tidak lagi boleh diterima di zaman serba canggih dan moden ini dirobah. Yang putih meskipun kelihatan bersih belum tentu suci. Yang hitam tidak semesti hitam juga di dalamnya kerana terbukti buah manggis di luarnya hitam tetapi di dalamnya putih.
Bangau putih yang mendiami sarang putih di atas bukit itu sama sahaja dengan gagak. Bangau ada paruh dia juga ada paruh. Bangau ada kaki, dia juga ada kaki, malah kukunya sangat tajam daripada bangau. Yang membezakan mereka cuma bulu bangau itu putih, gagak bulunya hitam. Leher bangau lebih panjang daripada leher gagak. Itu saja, selebihnya sama aja.
Sudah lama gagak hitam itu bercita-cita untuk mendiami sarang putih itu. Kerana di sarang putih itu terletaknya kuasa. Justeru itu, gagak hitam itu sudah bertekad suatu hari nanti akan bisa didiami oleh puak-puaknya. Perubahan inilah yang ingin dilakukannya.
Unggas
Sebagai gagak hitam dia bukan sahaja dilihat rendah malah hina oleh bangau putih. Apa lagi keturunannya hanya layak memakan bangkai. Sedangkan bangau putih memakan ikan segar dari sungai dan bendang. Maka dengan itu gagak hitam tidak layak bergaul dengan bangau putih. Jauh sekali untuk mendiami sarang putih yang menjadi kebanggaan bangau dan unggas di daerah itu.
Malah menghampiri sarang itu pun tidak diizinkan. Dia pernah diusir beberapa kali daripada mendekati sarang putih itu. Malah neneknya pernah bercerita, suatu ketika dulu ada seekor gagak yang keras kepala mahu memasuki kawasan bukit di mana sarang putih itu berada. Oleh kerana unggas yang berbulu putih sahaja yang boleh mengunjungi kawasan bukit sarang putih itu, maka gagak itu mendapat idea untuk memutihkan bulu hitamnya. Gagak itu menggunakan bedak siam untuk menyapu seluruh bulu hitamnya dengan bedak putih. Ramai gagak lain membantah kerana gagak tetap gagak, tidak mungkin menjadi bangau. Dengan menyapu warna putih di atas warna asal, tidak akan menukar identiti gagak. Gagak itu tetap keras kepala dan mahu rancangannya dilaksanakan segera.
Gak! Gak! Gak!
Gagak yang keras kepala itu terus terbang menuju bukit sarang putih itu dengan warna diputihkan di atas bulunya yang hitam. Dia disambut baik di kalangan bangau putih di atas bukit itu. Dia turut diajak makan bersama dengan bangau-bangau putih itu. Akan tetapi makanan ikan yang masih hidup bukan seleranya. Dia terkial-kial, malah mahu termuntah dek bau hanyir ikan hidup itu.
Tak semena-mena angin kuat bertiup di atas bukit itu. Angin itu menerbangkan bedak putih yang disapu di atas bulu hitamnya. Yang tadi putih segera menjadi hitam. Melihat keadaan itu dia segera diserang oleh bangau-bangau itu sehingga bulunya habis dicabut dan ditinggalkan togel. Oleh kerana sayapnya tidak berbulu lagi, maka dia pulang menggunakan paruhnya sehingga sampai di dalam masyarakat gagaknya.
Masyarakat gagak amat marah sekali dengan tindakan zalim bangau putih itu. Ini sudah keterlaluan. Meskipun mereka tidak merestui tindakan gagak keras kepala itu untuk menyapu bulu hitamnya dengan warna putih, tetapi mereka tidak menyetujui cara bangau itu mengambil tindakan di luar peri keunggasan para unggas. Ini satu penghinaan yang amat sangat bagi masyarakat gagak.
Semenjak dari peristiwa itu masyarakat gagak memulau untuk menghantar makanan kepada bangau putih di atas bukit itu. Segala ikan yang ditangkap dibiarkan mati sehingga menjadi bangkai yang kemudiannya dimakan oleh masyarakat gagak.
Gak! Gak! Gak!
Pemikiran kolot yang dianuti oleh bangau-bangau putih inilah yang mahu dirobahnya. Ketebalan fedualisme inilah yang harus dihapuskan dalam kehidupan unggas yang serba canggih dan moden ini. Ia memerlukan kepada perubahan secara berhemah dan berdiplomasi. Ia perlu kepada pendekatan yang boleh menyakinkan para unggas terutama bangau putih yang mendominasi bukit sarang putih itu. Tidak perlu menukar identiti, yang mustahak kembali kepada keyakinan dan jati diri.
Untuk itu senjata yang paling ampuh bagi merobah pemikiran kolot ini ialah ilmu. Justeru itu gagak hitam yang masih muda itu tidak jemu-jemu mendapatkan pelbagai ilmu baik dalam negeri mahupun luar negeri. Ilmu penerbangan, ilmu sains dan matematik, ilmu falsafah, ilmu ekonomi semua dipelajarinya. Hanya daya intelek yang kuat sahaja yang dapat menangkis kejumudan keintelektualan sesetengah pihak dalam mengemukakan teori mereka. Teori bahawa yang putih itu bersih, sudah tidak boleh diterima lagi. Justeru itu ia memerlukan ilmu untuk menyakinkan bahawa teori itu harus dirobah dan dipinda.
Usahanya untuk mendapatkan ilmu juga dikekang dengan pelbagai cara oleh tuan-tuan putihnya. Ramai masyarakat yang seketurunan dengannya tidak mendapat pendidikan yang sempurna. Justeru itu, ramai di antaranya menjadi sampah masyarakat, merempat, dicengkam kemiskinan, menjadi perompak, pencopet dan kutu jalan. Apabila kemiskinan mendominasi kehidupan maka timbullah pelbagai gejala sosial. Apabila tak cukup makan, kena juga cari apa-apa makanan yang boleh dimakan untuk menyambung hidup, termasuk memakan bangkai. Itulah sebabnya gagak suka makan bangkai, kata nenek.
Pernah neneknya bercerita kepadanya betapa seksanya nenek moyangnya dulu ketika baru diambil berkerja di ladang itu. Mereka bukan datang secara sukarela untuk berkerja di situ, malah dipaksa dan diperdaya dengan pelbagai cara untuk memerah tenaga mereka di ladang itu. Bukan itu sahaja, keringat mereka tidak dibayar sesen pun. Mereka hanya diberi makan, itupun diambil daripada hasil tanaman mereka di situ sesudah diizinkan dengan mencatunya pula. Sesiapa yang berani melawan akan ditangkap, dirantai kaki mereka serta dikurung dalam sangkar besi. Tidak sesiapa dibenarkan bersuara atau membantah kerana mereka di situ hanya untuk berkerja bagi tuan mereka, tidak lebih daripada itu. Tekanan dan seksaan inilah telah merangsang semangat beberapa orang muda yang berani untuk membantah dan menyuarakan ketidaksenangnya mereka terhadap layanan tuan-tuan mereka.
Gak! Gak! Gak!
"Saya mimpikan suatu hari nanti kita akan menduduki sarang putih itu," laung seekor gagak, pejuang hak asasi masyarakat gagak dengan lantang di hadapan ribuan masyarakatnya di suatu rapat. Kukunya mencengkam kuat di atas sebatang ranting seraya melibas-libaskan sayapnya.
Gemuruh
"Hari itu akan tiba juga, yakinlah!" jeritnya penuh yakin disahut dengan sorakan gemuruh 'gak! gak! gak!' masyarakat hitam yang sepanjang masa menjadi kuli di ladang itu.
"Mungkin 20 tahun! 50 tahun atau 100 tahun lagi," terusnya menyakinkan masyarakatnya yang sudah hilang keyakinan diri. "Bukan saya, mungkin anak cucu atau cicit kita yang akan menduduki sarang bangau putih itu suatu hari nanti, Yakinlah" 'gak! gak! gak!' gema laungan melantun menyemarakkan lagi sorakan para masyarakatnya.
Atas sumpah itulah, gagak muda itu bertekad mahu mengotakan segala tekad datuk nenek mereka. Dia memulakan dengan kempen yang berslogan 'perubahan,' yang berkonsepkan bahawa masyarakat unggas sama sahaja tidak kira warna bulu. Justeru itu tidak ada unggas yang bertaraf pertama atau mulia atau yang bertaraf rendah atau hina. Semua unggas mesti bersatu padu dan membina ekonomi masyarakat unggas di daerah itu. Kempennya mendapat sambutan pelbagai spesies unggas di daerah itu. Spesies bangau juga ada yang menyokong konsep dan perjuangan baru gagak muda itu.
Kempen gagak muda dicabar oleh bangau tua yang melebihi umur pencen. Alasan bangau tua, gagak hitam muda itu tidak ada pengalaman mentadbir ladang yang luas itu. Hidupnya baru setahun jagung, hingusnya masih meleleh. Dia tidak tahu hal ekonomi. Dia tidak faham hal hubungan diplomatik dengan para unggas di benua lain. Dia tidak layak menjadi penghuni di sarang putih yang mulia itu. Bangau tua itu mahu mempertahankan tradisi bahawa penghuni sarang putih itu mestilah dari kalangan masyarakat bangau juga.
Gak! Gak! Gak!
Gagak hitam muda itu menerima cabaran itu penuh iltizam. Dia menjadikan cabaran itu sebagai daya penggerak untuknya terus berjuang. Dia tidak mungkin mundur hanya kerana kata-kata yang menjatuhkan kredibilitinya. Dia mesti bangun untuk membuktikan kredibilitinya dan untuk menyanggah teori 'yang putih itu bersih' sudah tidak relevan lagi dalam masyarakat maya yang serba maju ini.
Untuk itu dia mencadangkan diadakan debat di antara gagak hitam dengan bangau putih. Dia tidak sangka bangau tua itu sudi menerima cabarannya itu. Maka berlangsunglah debat perdana dan dipancarkan ke seluruh buana dengan disaksikan jutaan masyarakat unggas. Bangau tua yang bukan sahaja putih sayapnya malah kepalanya, keningnya juga turut berwarna putih melangkah longlai di atas pentas. Sesekali suara seraknya tersekat-sekat menyampaikan hujahnya. Kadangkala dirinya tidak stabil, kelihatan bergoyang-goyang bagaikan ditiup angin.
Gagak hitam muda itu menaiki pentas penuh yakin dan bergaya. Dia berdiri di hadapan mikrofon dengan semangat yang berkobar-kobar. Sambil tersenyum menampakkan susunan giginya yang panjang-panjang. Dia berhujah dengan penuh keyakinan. Hujahnya bernas dan mendapat tepukan bergemuruh dari semua spesies unggas termasuk bangau. Hujahnya dapat mempengaruhi sebahagian masyarakat bangau untuk menyokong misi dan visi yang dibawanya.
Selepas diadakan pemilihan suara untuk memilih siapakah antara kedua-dua spesies itu yang layak menduduki sarang putih di atas bukit itu, maka gagak hitam muda telah mendapat undian suara yang terbanyak. Malah sebahagian besar undi yang diterimanya ialah daripada bangau-bangau putih yang sebelum ini bersikap totok yang hanya memandang mulia kepada bangau-bangau putih sahaja. Gagak hitam muda itu berjaya membawa perubahan pemikiran di kalangan spesies unggas termasuk bangau putih yang taksub dengan pemikiran jumud mereka. Dengan peristiwa besar itu, maka langkahnya menuju ke sarang putih di atas bukit itu menjadi mudah. Sebelum itu laluan itu penuh dengan semak samun, onak dan duri. Dia berjaya mencantas segala halangan itu untuk menuju ke sarang putih yang penuh dengan kekuasaan itu. Dia telah mencipta sejarah di mayapada ini dengan menduduki sarang yang berwarna putih itu yang dulunya hanya layak dan dikhaskan untuk spesies bangau putih sahaja.
'Gak! Gak! Gak!'
Dan dia sedang bercadang-cadang mahu mewarnakan semula sarang putih itu dengan dua warna, iaitu hitam dan putih. Warna hitam di sebelah bawah sebagai lambang gagak hitam yang menjadi paksi mendukung sarang itu. Manakala warna putih di sebelah atas, sebagai menghormati pengasas sarang itu iaitu spesies bangau yang berwarna putih bulunya.
Gagak hitam itu berjaya mencatat sejarah menduduki sarang bangau putih itu tanpa memutihkan bulunya yang berwarna hitam.
'Gak! Gak! Gak!'
Sumber: Mingguan Malaysia; 8 November 2009

Doa akhir tahun
Oleh Malim Ghozali PK
TIGA hari lagi Zulhijjah akan berlalu. Meninggalkan pohon-pohon mangga di batas sawah dan tiang-tiang eletrik yang membarisi jalan kerdil di desa membisu di benang waktu. Meninggalkan debu-debu berterbangan di merah tanah yang belum diturap asphalt. Kesian, khabarnya desa itu sudah lima puluh dua tahun merdeka! Lumut-lumut di alor dan kali juga akan ditinggalkan, meski dalam diam ia tetap menyediakan rumah-rumah cantik buat labi-labi dan ikan kepala batu dan cecuri. Anak-anak seluang dan marak yang merah merelit sudah dipersiapkan oleh induk masing-masing untuk merayakan pertukaran tahun dengan zikir-zikir yang istimewa dengan harapan mendapat kehidupan yang lebih afdal.
Zulhijjah pasti meninggalkan Siska dan dia. Lampias dalam ruang-waktu dan bergentayangan bagai frekuensi dan puing-puing zarah semesta alam, terkunci dalam miqat dan ketentuan. Zulhijjah akan memberi laluan pula kepada Muharam 1431 Hijrah dengan rakaman-rakaman baru sebagai jejak-jejak di denai sejarah yang tak mungkin terubah.
Ya, sudah lebih empat puluh Muharam berlalu meninggalkan jejak Siska dan jejaknya, puisi Siska dan puisinya. Sudah lupakah kau akan pantun-pantun cinta kita? Atau lagu-lagu yang pernah kita senangi bersama? Masakan…
Tentu kau belum melupakan tiupan seruling batang padi yang kutiupkan, sementara kau menyanyikan sebuah pantun nyanyian al-marhumah biduanita Saloma?
Anak punai anak merbah
Hinggap mari membuat sarang
Anak sungai lagi berubah
Inikan pula hati orang
Siska, kau punya suara penaka buluh perindu. Tapi kau selalu menuduhku gemar bermain dengan kata-kata. Hatiku bukan anak sungai dan ia takkan berubah, percayalah…
Hujan lazimnya adalah teman setia Zulhijjah. Selalu pula ia membawa kenangan dari lipatan-lipatan sejarah yang tak pernah dicatatkannya. Suara Peggy Tan yang lunak masih terngiang-ngiang di telinga ketika dia dan beberapa teman sedarjah mengasah kuku di lantai. Ada berita Mrs. Hamdan akan membuat pemeriksaan kesihatan diri. Beliau cikgu yang garang dan berdisiplin. Di bumbung zink sekolah rentak hujan mempersembahkan lagu alam yang mengasyikkan. Tapi kadangkala hujan turut mengundang ribut. Sungguhpun begitu rakaman yang kejap di liang jisim tetap abadi hingga ke akhir masa.
Syawal melangkah, Zulkaedah melangkah, Zulhijjah melangkah, Muharam melangkah, sementara kita semacam dipaku oleh jarum waktu?
Pada sisi yang lain dia membayangkan dirinya seekor albatros, terbang meninggi di ruang angkasa Antartika. Atau Kutub Utara? Tentulah bersama Siska. Sayap panjangnya pasti saja akan menewaskan kesejukan. Sayap putih terkembang garang itu jugalah yang akan membawanya dan Siska mengembara ke segenap cakerawala. Inilah peluang terbaik untuk melihat kecantikan planet al-'Ard dari Zuhal, Musytari atau Marikh? Tentu sekali dia akan dapat gambaran yang sama sekali berlainan dengan apa yang pernah dicatat oleh al-Biruni, al-Batani, Copernicus, Galileo atau yang pernah dipaparkan oleh gambar-gambar pelik dari satelit Hubble.
Siska dan dia akan buktikan betapa karutnya keputusan IAU menurunkan pangkat Bluto!
Imbang
Dan sesudah itu segalanya diharapkan akan menjadi imbang dan tenang. Lebihlebih lagi segala sesuatu yang melibatkan perasaannya dan perasaan Siska. Pada waktu-waktunya dia merasakan Siska seperti mahu merampas kebebasannya. Selebihnya dia semacam takut kepada dirinya sendiri. Bagaimana kalau Siska berubah sesudah bersatu nanti? Kebebasan sudah sebati dengannya. Lihat saja apa yang terjadi pada sahabat-sahabatnya, Razali dan Datuk Ismail? Bandingkan pula dengan murai batu dan kelicap daun yang bernyanyi girang di pohon jambu kepal. Jika perasaan tidak selesa, percutian-percutian akhirnya menjelma bagai pelarian-pelarian tanpa makna. Tentulah semuanya berpunca daripada perasaan yang tidak seimbang itu. Larilah ke ceruk dan bucu manapun di jagat raya ini, rasa yang tidak seimbang akan membara sebagai gundu huru-hara - amarah, dendam, benci, tamak, panas baran dan lupa diri. Di kemuncaknya ia adalah garuda gila yang akan membakar segala belukar, padang dan lata. Lalu menukarkan semuanya kepada padang jarak padang tekukur.
Tapi Siska belum pasti bersamamu. Atau milikmu.
Belum?
Ilusi dan mimpi apakah ini?
Alangkah sempurnanya Allah mencipta sunatullah, ada getusan seni di dasar hatinya seperti menyanggah semua itu.
"Kau tau, sunatullah adalah sesuatu yang tak bisa diubah lagi. Semesta alam dan isinya, termasuk kau dan solat kau, dan solatku."
"Solat kau dan solatku?"
"Iya. Konfigurasi 5 waktu, 17 rakaat dan 13 rukun adalah sunatullah ciptaan-Nya! Ia memastikan keseimbangan."
"Sejak bila kau jadi ustaz, hah?"
"Aku bukan ustaz, tapi khalifah."
"Khalifah?"
"Haah, sejak firman-Nya di Surah al-Baqarah, ayat 30."
"Iye ke? Aku dah lama tak baca…"
Tapi Buyung baru saja menawarkan percutian hujung tahun. Gratis! Begitulah biasanya setiap tahun. Dia hartawan dan masih bujang, walau hayatnya sudah mencecah setengah abad. Dia masih berpegang teguh kepada maxim:
"Kenapa harus beli lembu, susu kan lebih murah?"
"Yung, hujan ribut lagi berhenti…"
"Kita telah berkawan sejak kecil kan? Kau tahu tanggung jawab sosialku kan? Kau tahu berapa juta yang kudermakan kepada anak-anak yatim setiap tahun kan? Dan lebih penting daripada itu, kau tahu apa puncanya kan?"
"Aku bukan mempersoalkan tanggung jawab sosial atau zakat harta kau Yung….Aku bercakap fasal aqidah…aku berdoa agar kau sedar…"
"Yang penting, aku hidup bertuhan…"
"Belum cukup, Yung…"
"Belum cukup, kau kata?"
"Hidup bertuhan, mesti turut perintah Tuhan."
Buyung sudah cukup kaya. Dia boleh beli helikopter atau jet Grumman, kalau dia mahu. Setakat ini nampaknya dia hanya minat pada kereta mewah. Sudah dua belas buah dikumpulnya. Empayar bisnesnya tersebar hampir ke tujuh benua. Sayangnya kejayaan itu tidak diiringi oleh kesedaran terhadap agama. Malahan dia mengaku sudah tidak solat Jumaat lebih tiga puluh tahun.
"Kau fikir pahala sedekah jariah dapat cover dosa kau tak solat?"
Buyung hanya membatu. Dia tahu Buyung tidak akan marah. Mereka biasa makan sepinggan dan tidur sekelambu. Dia pernah mendengar ada bapak menteri yang berpendapat "asal bertuhan cukup, agama apa pun tak jadi soal…" Di akhbar-akhbar dan Internet dia membaca ism-ism itu berkembang biak di Jakarta. Dan Buyung sering ke sana. Apakah Buyung sudah diserap pegangan yang sama? Apakah menteri itu tidak dapat melihat dikotemi antara sistem kepercayaan dan agama?
"Walau apapun terima kasihlah kerana mengambil berat tentang diriku…kau sahabat sejati…"
Dia agak terkejut. Itulah kali pertama Buyung mengucapkan kata-kata itu apabila beliau dinasihati. Biasanya Buyung akan merungut dalam bahasa yang kurang difahaminya. Atau bila tertembung dengan moodnya yang tidak baik, dia akan meletup dengan carutan dan maki hamun.
"Lupakanlah, benang sudah menjadi kain…"
Dia sudah mendengar cerita Su meninggalkan Buyung banyak kali. Dia sendiri tidak mengenali Su, kecuali menerusi beberapa keping gambar lusuh yang ditunjukkan oleh Buyung kepadanya.
"Cantik, kan? Lagi cantik kalau Su buat fesyen rambut 'si ekor kudo" Buyung memuji macam nak rak. Buyung juga tidak dapat mengesan di mana mantan kekasihnya berada sekarang.
"Lalu kau mahu letakkan dendam ke atas semua wanita yang kau temui di atas muka bumi ini?"
Keras hati
Buyung adalah dari jenis manusia yang keras hati. Bila dia kalah berhujah, cepat-cepat dia akan mengubah maudu'k bicara.
"Nak pergi tak?"
"Ke mana?"
"Kau pilih."
"Main golf di Pondok Indah. Jangan lupa ajak kekasih kau yang mongel tu…"
"Iryana? Lupakan, dia sudah jadi isteri orang. Lupakan Jakarta yang kepayahan dalam kabut asapnya. Ah, di Bangkok juga ada Iryana."
"Iryana, di Bangkok?"
"Kenapa? Iryana juga ada di Halmahera, Vientienne dan Ulan Baatar….Kau tau di Ulan Baatar model-modelnya, fuuh!"
"Apa Iryana-Iryana itu maukan si botak seperti kau?"
"Kita menganut apa selama ini, hah?"
"Apa?"
"Bukankah kita semua penganut kapitalisme totok! Lupakan kemanusiaan…di tangan penyair seperti kau, kemanusiaan adalah daun-daun kayu!"
"Haa?"
"Ia luruh saban hari, pagi dan petang, pantang dijentik angin! He! He! He!"
"Tapi martabat kemanusiaan lebih tinggi daripada daun-daun atau kapitalisme…"
"Oo, habis kenapa biarkan Siska menanti di pantai lagi?"
Pertanyaan Buyung memagut tangkai jantungnya. Kenapa Siska dibiarkan bagai menunggu burung tak bergetah?
Dia teringat pertemuannya dengan Siska beberapa hari lalu. Dia tahu Siska kecewa.
"Kenapa tak cuba ajak sahabat-sahabat kau berubah angin hujung tahun nanti?"
"Ke mana?"
"Buat umrah."
Dia terdiam.
Siska menambah, "Doa akhir dan awal tahun dah hafal?"
"Eugg…"
"Nanti I emelkan…"
Matanya sudah terlabuh di skrin komputer. Siska baru saja menelefonnya dan memberitahu 'doa akhir dan awal tahun' sudah diemelkannya. Nada dering lagu Bugih Lamo berbunyi. Panggilan dari Buyung lagi.
"Bangkok, O.K. tak? Nanti aku booking tiket. Usah khuatir, aku takkan beli tiket tambang murah sampai lutut kau berlaga. Siang kita melawat pembunuh-pembunuh ulat di kilang sutera, malam kita temankan manusia menggulati kehidupan di Rose Garden, mau? Kalau minat adventure, kita jelajahi Pat Pong!"
"Kau mabuk?"
"Selagi aku belum bercerita tentang kembang kudup dan cinta kumbang, aku belum mabuk…hikk…"
Ah, sirkit kemelutkah ini?
"Nanti aku fikirkan, Yung."
Dia membaca pembuka dan penutup doa akhir tahun di skrin.
Pujian
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Amat Penyayang, segala pujian itu bagi Allah, Tuhan Pentadbir sekalian alam….Maka kami mohon diperkenankan akan perbuatan (amal bakti) yang telah kami lakukan itu dan Engkau tidak menghampakan harapan kami. Ya Allah Tuhan Yang Maha Pemurah.
Dia turut membaca penutup doa awal tahun.
Dan kami mohon daripada-Mu akan pertolongan mengalahkan runtunan nafsu amarah. Kami pohon juga kepada-Mu Ya Allah akan rasa sedia ingin membuat amal kebajikan yang boleh mendampingkan diri kami kepada-Mu.
Dia teringatkan saranan Siska.
Razali dan Datuk Ismail juga mempelawanya bercuti ke luar negara. Tapi dengan satu syarat. Dan syarat itu harus dilestarikan di Casino De Melbourne. Atau kasino di Edgware Road, London atau Walker Hill di Seoul.
"Atau di Croupiers, Cardiff, di mana kau belajar mengumbut daun!"
Datuk Ismail memilih untuk mengingatkan babak-babak yang mahu dilupakannya.
"Asal jangan kasino di Genting Highlands," Datuk Ismail menambah syarat lagi.
"Kenapa?"
"Oi, di situ kan kena tangkap. Di Melbourne, London atau di Seoul, siapa tahu?"
Jawapan itu datang hampir serentak dari mereka.
"Siapa tahu, kata kalian?"
"Haah."
"Allah tak tau?"
Sepasang kawan lama ini tidak pernah kenal yang mana renyai dan yang mana hujan, yang mana kering kontang dan yang mana kemarau. Pada mereka semuanya hanyalah cuaca semata-mata."
"Kalian tahu aku sudah pencen, kan?"
"Itulah rasional kenapa ujian harus dilakukan di sana!"
"Kan aku cakap dah pencen…aku dah lupakan tai sai, black jack, poker dan roulette…"
"Bagaimana dengan banco player? Hei, kita kan pernah beli Porsche secara tunai, tajaan kasino di Seoul!"
Dia meneruskan gelengan.
"Aku belikan kau chips. Kau tak perlu main."
"Habis, chips tu untuk apa?"
"Kalau tak sentuh chips tu maknanya kau lulus ujian."
"Ujian? Ujian apa?"
"Ujian immmaaaan…."
Oleh kerana perkataan 'iman' itu disebut serentak oleh Razali dan Dato' Ismail, dia spontan membayangkan badut-badut yang menukang kelakar dan jegela di istana-istana lama. Dia juga teringat bagaimana al-marhum P. Ramlee menyebut dan menggayakan perkataan itu setelah tertusuk jembia Marjiana, pembantu rumah Kasim Baba di dalam filem 'Ali Baba Bujang Lapuk'.
"Aku mati dalam immaaaannn…"
Tapi perkataan itu bukan untuk main-main.
"Kau main-mainkan iman, Yung?"
"Aku tidak bermaksud begitu. Maaf, jika kau tersinggung."
Baginya 1430 Hijrah sudah menampakkan penambahbaikan berbanding 1429 Hijrah. Dia mahu mempertahankannya. Yang sudah, sudahlah. Ribut, badai dan taufan juga akhirnya teduh. Gelombang di tengah segara juga akhirnya dijinakkan oleh pantai yang landai. Benar kata Buyung. Sampai bila dia harus menunggu burung tak bergetah?
"Tapi dia penyabar."
"Betul, tapi sampai bila? Sampai ganyut? Dia terpelajar, cantik…dan yang lebih penting, dia gila habis dengan kau!". Buyung memang pragmatik.
Ketika dia, Siska dan kakaknya melangkah ke kaunter check-in di KLIA mereka nampak Buyung di kaunter sedang meletakkan beg di konveyor. Dia memakai kopiah putih. Siska memandang kepadanya, seperti meminta penjelasan.
"Sahabatku itu memang suka buat kejutan. Nampaknya dia sahut cabaranku…"
"Cabaranmu?" Siska terpinga-pinga.
"Kataku kalau dia tak bertangguh, dan ikut kita, aku juga takkan bertangguh lagi untuk melamar kau."
"Bila?" suara Siska seakan lemas.
"Sebaik saja kita selamat kembali."
"Sahabat you lagi dua orang tu?"
"Mereka nak terus menunaikan haji musim akan datang."
"Alhamdulillah."
Siska menghadiahkannya sebuah senyuman yang cukup bermakna. Siklus kehidupan sememangnya penuh dengan kejutan dan tanda tanya.
Sumber: Utusan Malaysia; 20 Disember 2009

Puaka Pak Jaha
RUMAH itu sudah usang. Suatu ketika dulu ia berdiri megah walaupun diselubungi dengan aura misteri yang bisa menggerunkan siapa sahaja yang lalu-lalang. Kini ia telah dimakan usia. Pintunya tergantung dari engsel, tidak sudi berfungsi sebagai penjaga rumah lagi. Tingkapnya pula pecah akibat balingan batu si anak nakal yang sudah tidak lagi takut dengan rumah itu.
"Kenapa kita takutkan sangat rumah ni dulu ya?"
Soalan Deris memecah ruang minda aku yang sedang khayal. Persahabatan aku dan Deris bermula apabila kami berkongsi musuh yang sama; pisau Tok Mudim. Selesai giliran Deris di atas batang pinang, dia berselisih dengan aku yang menggigil ketakutan. Tapi sempat dia berbisik padaku, "Tak sakitlah! Macam gigit semut saja!"
Sejak dari itulah kami bersahabat. Kami jelajahi setiap ceruk kampung ini bersama-sama. Kami tahu batu sungai mana yang paling licin, pokok rambutan mana yang paling sedap buahnya dan nenek mana yang paling kuat melatah. Dek kerana didorong oleh sifat ingin tahu itu jugalah, kami memasang telinga mendengar cerita tentang rumah hujung kampung itu. Rumah Pak Jaha.
Dari kedai kopi Pak Usop hinggalah ke rumah Wan Lijah, sibuk memperkatakan tentang Pak Jaha yang baru berpindah ketika itu. Tanah di hujung kampung yang selama ini tidak berpenghuni kini sudah didirikan sebuah rumah batu. Sudah pasti ia mengundang pelbagai buah mulut orang. Katanya Pak Jaha orang kaya dari bandar. Apa kerjanya tidak pula diketahui, jadi makin galaklah orang kampung meneka pekerjaannya. Itu belum lagi bercerita tentang isterinya, Cik Siti.
Ah, Cik Siti gadis awal 20-an yang menjadi isteri kepada Pak Jaha yang hampir dua kali ganda usianya. Kulitnya putih gebu, matanya bundar dan bibirnya halus bak limau seulas. Tatkala dia melenggang-lenggok ke kedai Wak Dollah dengan payungnya, tak lekang mata-mata yang memandangnya, termasuklah aku dan Deris yang baru hendak menghidu usia remaja di ketika itu. Tak kurang juga mata-mata yang menjeling tajam sambil tangan mencubit si suami yang lupa diri.
Tapi Cik Siti jarang-jarang keluar rumah. Anehnya, Pak Jaha juga tidak kelihatan keluar untuk pergi bekerja. Mereka seperti hidup di dalam dunia mereka sendiri. Dari situlah cerita puaka Pak Jaha bermula.
Kata orang, Pak Jaha mengamalkan ilmu hitam. Masakan dia dapat mendirikan rumah batu yang agam itu tanpa pergi bekerja, dan bagaimana pula dia mendapat isteri secantik Cik Siti? Cerita yang bermula dengan pelbagai persoalan ini berlegar sekitar kampung, ditambah perisa secukup rasa sehinggalah ia menjadi sebuah karya agung.
Apa yang menguatkan lagi karya agung ini ialah bukti-bukti separa benar yang disaksikan oleh seorang dua penduduk kampung. Pernah sekali Abang Budin bercerita di tembok tempat dia dan rakan-rakan penganggurnya menyumbangkan suara diiringi gitar buruknya. Katanya di suatu petang dia pernah ternampak Cik Siti duduk di tepi sungai sambil menyanyi seorang diri. Abang Budin baru sahaja hendak menegur, tetapi Pak Jaha telah tiba dan menarik tangan Cik Siti untuk berlalu pergi. Katanya berlaku pergaduhan. Marah benar Pak Jaha kerana Cik Siti keluar tanpa pengetahuannya.
Ada pula yang mengaku pernah terdengar jeritan Cik Siti di malam hari ketika lewat di perkarangan rumah Pak Jaha. Makin kuatlah teori yang mengatakan Pak Jaha si pengamal ilmu hitam. Waktu siang dihabiskan di dalam rumah, mengarahkan si toyol mencuri wang dan pada waktu malam pula menghembus kemenyan ke arah Cik Siti, supaya si cantik manis itu tergila-gilakan dirinya yang sudah mula beruban. Jika Cik Siti keluar di siang hari, takut nanti terlanggar pantang. Itulah yang membuatkan Pak Jaha naik berang.
Jika sesiapa terserempak dengan Pak Jaha, tiada siapa yang berani menegur kecuali orang-orang tertentu. Seperti Tok Alang selaku ketua kampung dan juga Pak Usman yang merupakan tok siak surau. Sedangkan Haji Ghazali yang selalu menjadi imam pun jarang-jarang mahu bertegur-sapa dengan Pak Jaha.
"Maklumlah, alim ulama macam Haji Ghazali tu takkanlah mahu bergaul dengan pengamal ilmu hitam!" Becuk mulut Wan Lijah bercerita sewaktu aku menemani emak melihat kain-kain ela jualan Wan Lijah.
"Kau rasa betul ke Pak Jaha tu ada ilmu hitam?" tanya aku pada Deris yang sentiasa menjadi bahan rujukan aku di ketika itu. Maklumlah, dia setahun lebih tua. Bagi aku, dia tahu segala-galanya. Gayanya menjawab soalan sahaja sudah cukup meyakinkan.
Mengusap
Deris mengusap dagunya sambil termenung panjang. "Kau perasan tak di luar rumahnya ada pokok besar?" dia menduga aku. Aku mengangguk.
"Pokok beringin tu namanya. Tempat langsuir bergayut," jelas Deris dengan bersungguh-sungguh.
Tercacak bulu roma aku mendengarnya. "Tapi… pokok itu kan sudah lama ada di situ. Sejak sebelum Pak Jaha pindah ke situ lagi," aku cuba berbahas.
"Sebab pokok itu ada di situlah Pak Jaha pindah ke situ! Mak aku kata, kalau pandai ilmu hitam, langsuir ini akan ikut cakap kita. Jadi orang suruhan," jelas Deris lagi.
"Langsuir pun jadi orang suruhan dia?" soal aku, gerun berbaur kagum.
Malam itu aku tidak dapat tidur memikirkan kehebatan ilmu hitam Pak Jaha. Bunyi cengkerik aku sangkakan siulan si hantu yang dikawal Pak Jaha untuk memerhatikan aku yang sudah mengetahui rahsianya. Aku terkenangkan cerita langsuir Deris. Katanya kalau dipaku di belakang kepala, langsuir ini menjadi wanita jelita.
Cik Siti itu langsuirkah?
Kata orang, kalau di kampung, waktu berjalan dengan perlahan. Tapi bagi aku dan Deris yang memang dah sebati dengan kampung, waktu berjalan dengan terlalu pantas. Zaman kanak-kanak kami telah belayar, membawa bersama cerita-cerita Pak Jaha dan puakanya. Aku dan Deris menjadi pengganti ahli konserto tembok dan giliran adik-adik pula berlari ketakutan setiap kali melintasi rumah hujung kampung itu.
Sungguhpun begitu, sesekali aku mencuri pandang pada Deris yang merenung ke arah rumah itu. Tanda tanya bermain di matanya. Di telinga aku sendiri, masih terngiang-ngiang segala cerita tentang Pak Jaha dan Cik Siti. Tetapi usia remaja memaksa kami memaparkan kedewasaan yang belum sepatutnya kami miliki.
Malam sebelum aku dan Deris berangkat ke universiti, kami dikejutkan oleh satu berita ketika duduk bersembang dengan Pak Usman di surau. Cik Siti meninggal dunia.
Tok Alang dan Pak Usman bergegas ke rumah Pak Jaha, diekori aku dan Deris. Tak ramai yang tahu tentang kejadian itu; Pak Jaha khabarkan pada Tok Alang dan Tok Alang cuma memberitahu Pak Usman.
Aku dan Deris tidak ikut Tok Alang dan Pak Usman masuk ke dalam rumah Pak Jaha. Sebaliknya kami senyap-senyap mengendap dari luar tingkap sebuah bilik, dan di situlah kami melihat badan Cik Siti terbujur kaku.
Cik Siti sedang terbaring di atas katil sambil Pak Jaha berdiri di tepinya. Wajah Cik Siti pucat lesi; tidak melampau aku katakan yang wajahnya memang kelihatan seperti hantu. Pak Jaha tidak menangis; dia hanya membatu di situ sambil memandang mayat isterinya.
"Ya Allah, macamana boleh jadi ni, Jaha?" Tanya Tok Alang sebaik saja dia dan Pak Usman masuk ke dalam bilik tersebut.
"Saya tinggalkan sekejap saja petang tadi, Tok. Sekejap saja. Selepas solat Isyak tadi, dia macam tak sedarkan diri. Sekali-sekala, badannya kejang. Saya ingatkan biasalah…" Pak Jaha sudah mula teresak-esak menangis.
"Banyak ke, Jaha?" tanya Pak Usman.
Aku memandang Deris. Aku bertanya tanpa suara, "Apa yang banyak?" Deris mengangkat bahu. Kami terus mendengar.
"Banyak juga, Pak Usman. Patutnya saya lebih hati-hati," keluh Pak Jaha lagi.
"Sabar, Jaha. Benda dah nak jadi," Tok Alang cuba menenangkan.
"Lewat petang tadi dia dah mengadu sakit perut, Tok. Waktu saya hendak ambil wuduk untuk solat Maghrib, dia baru lepas ke bilik air. Saya perasan air kencingnya warna hitam. Patutnya saya dah tahu ada yang tak kena masa tu," cerita Pak Jaha lagi.
Kali ini Deris pula memandang aku. Aku tahu apa yang bermain di fikirannya. Baru minggu lepas kami terdengar Kak Piah Janda bercerita sambil menjual kuih seri mukanya, "Si Siti tu lawa macam tu sebab ilmu hitamlah tu! Bukan susah nak tahu. Kalau dah namanya hitam, semua benda dalam badannya tu jadi hitam. Luarnya saja yang nampak cantik, putih, gebu."
Memandangkan aku dan Deris sudah perlu berangkat ke universiti, kami tidak menghadiri pengebumian Cik Siti. Dengar cerita, tidak ramai yang hadir. Tidak lama selepas pengebumian itu, Pak Jaha juga berpindah. Tinggallah rumah di hujung kampung itu tidak berpenghuni.
Sehinggalah hari itu; hari aku dan Deris kembali ke kampung selesai saja majlis graduasi aku. Deris mengambil jurusan kejuruteraan sementara aku pula lebih berminat dalam bidang perubatan.
"Nak masuk tak?"
Soalan itu tiba-tiba terpacul keluar dari mulut Deris ketika kami masih berdiri di pinggir rumah usang itu.
Aku ketawa kecil. "Buat apa?"
Deris memandang aku dengan senyum mengejek. "Takut ya?"
"Tak adalah!" bantah aku, walaupun jantung aku sebenarnya berdegup kencang mendengarkan usul Deris tadi.
Tercacak
"Kalau tak, marilah masuk!" cabar Deris. "Untung-untung dapat jumpa Cik Siti," usik Deris lagi. Tercacak bulu roma aku.
Dengan langkah pura-pura berani, kami berjalan ke arah rumah Pak Jaha. Deris menolak daun pintu yang tidak lagi berfungsi itu. Bunyinya saja sudah cukup membuatkan aku rasa kedinginan. Deris terus melangkah; aku tahu hala tujunya.
Ke bilik Cik Siti.
Dalam perjalanan ke bilik Cik Siti, aku terpandang gambar-gambar yang tergantung di ruang tamu. Masih terletak cantik di dalam bingkai, merakamkan detik-detik bahagia Pak Jaha bersama Cik Siti. Melihatkan gambar-gambar itu, timbul pula rasa kesal dalam diri aku. Mereka benar-benar nampak seperti pasangan suami isteri yang bahagia. Kenapa Pak Jaha tidak membawa gambar-gambar ini bersama?
Tanpa aku sedari, Deris sudah mendahului aku ke bilik Cik Siti. Dek kerana terlalu asyik memerhatikan gambar-gambar di ruang tamu, aku tidak perasan ketiadaan Deris.
Sehinggalah dia melaungkan nama aku dari bilik Cik Siti, "Ali!!!"
Berderau darah aku mendengar jeritannya. Aku bergegas ke bilik Cik Siti. Deris kelihatan berdiri di tepi sebuah laci yang terbuka. Di dalam laci tersebut terdapat sebuah fail berwarna kuning. Di tangan Deris pula sebotol ubat.
"Kau ni, Deris! Buat terkejut aku saja!" marah aku sambil mendekatinya.
"Cuba kau tengok ni," ujar Deris sambil mengunjukkan botol ubat itu pada aku.
Aku mengambil botol ubat itu dari Deris. "Ini… clozapine," kata aku.
Deris mengeluh. "Itu aku pun boleh baca! Kau tu kan doktor, beritahulah aku ubat itu untuk apa," balas Deris.
"Ubat siapa ni?" tanya aku.
"Ubat Cik Siti. Namanya kan ada situ," jawab Deris.
Aku terdiam seketika. "Ini ubat anti-psychotic. Ubat merawat sakit mental," jawab aku, sambil fikiran aku sendiri ligat berputar. Teringat kembali detik-detik ketika Pak Jaha dan Cik Siti masih di kampung.
Pak Jaha tidak membenarkan Cik Siti keluar rumah seorang diri. Pak Jaha seharian di rumah menemani Cik Siti. Kadangkala terdengar jeritan Cik Siti di malam hari.
"Maknanya Cik Siti tu gila?" tanya Deris.
Aku mengangguk. Dalam sekelip mata, segala-galanya menjadi terang dan jelas buatku. Pak Jaha telah berkorban untuk isteri tercinta. Dia berkahwin dengan seorang wanita yang tidak mungkin diingini oleh lelaki lain dek kerana sakit yang dialaminya. Menjaga orang yang sakit mental memang sukar dan mencabar. Sakitnya datang tidak menentu, perlu diperhati setiap masa.
"Kenapa Pak Jaha biarkan saja dirinya ditohmah begitu dulu?" tanya aku.
Deris tersenyum sinis. "Nak katakan pada semua orang kampung yang isterinya gila? Makin teruk jadinya, Li. Rasanya Pak Jaha lebih rela dianggap sebagai pengamal ilmu hitam," jelas Deris,
Aku mengangguk tanda faham dan setuju. Aku terpandang fail kuning di dalam laci. Aku pasti fail itu menerangkan sakit Cik Siti dengan lebih lanjut. Mungkin terlalu pahit untuk Pak Jaha membawa peninggalan Cik Siti yang satu itu bersamanya. Mungkin juga dia sengaja meninggalkannya buat sesiapa yang sudi mengambil tahu.
Aku mencapai fail tersebut. Ubat gegat yang terlekat di celah-celah fail tersebut terkeluar dan terjatuh ke lantai.
Ubat gegat? Serta-merta aku teringatkan kembali malam Cik Siti meninggal dunia…
"Banyak ke, Jaha?"
"Banyak juga, Pak Usman. Patutnya saya lebih hati-hati"
Kata Pak Jaha, Cik Siti mengadu sakit perut. Diikuti pula dengan kencing berwarna hitam. Kemudian dia tidak sedarkan diri, sekali-sekala badannya kejang. Aku terbayang wajah Cik Siti malam itu. Pucat lesi.
Simptom-simptom tertelan bahan kimia bernama naphthalene. Atau lebih dikenali sebagai ubat gegat. Aku terduduk di atas katil, tempat Cik Siti menghembuskan nafas terakhir beberapa tahun dulu. ketika fikiran aku dan Deris masih mentah. Ketika kami masih percayakan hantu dan jembalang.
Ketika kami masih belum terfikir yang 'puaka' sebenar ialah rasa kasih dan sayang; begitu kuat sehingga mampu mengatasi segala tohmahan untuk mempertahankan orang yang dicintai.
Kuat sungguh 'puaka' Pak Jaha.
Sumber: Mingguan Malaysia; 27 Disember 2009

Subscribe to:
Posts (Atom)