Monday, December 29, 2008

Tun Hussein Onn: Bapa Perpaduan

" Saya penuh yakin dengan usaha bersungguh-sungguh serta kerjasama dan sokongan semua pihak, kita akan dapat mewujudkan satu rupa bangsa yang benar-benar tlen bagi negara kita. Setiao warganegara tidak lagi mengenal atau menganggap dirinya sebagai rakyat keturunan sesuatu kaum, tetapi rakyat Malaysia."

Tun Husein Onn
31 Ogos 1977

Tun Hussein Bin Onn adalah anakanda kepada Dato' Onn bin Jaafar yang merupakan pengasas UMNO. Beliau dilahirkan di JOhor Bahru pada 12 Februari 1922. Bondanya Datin Halimah Hussein.

Hussein Onn menerima pendidikan awalnya di [[Singapura]] dan di ''English College'' (kini digelar "[[Maktab Sultan Abu Bakar]]"), [[Johor Bahru]]. Selepas persekolahannya, Hussein Onn menyertai [[Pasukan Tentera Johor]] sebagai [[kadet]] pada tahun 1940. Setahun kemudian, beliau dihantar ke [[Maktab Tentera Sandhurst]] di [[Dehradun]], [[India]]. Selepas ditauliahkan, beliau menyertai Regimen Hyderabad (Tentera India) dan berkhidmat di [[Timur Tengah]] sewaktu peperangan. Selepas peperangan, kerajaan [[British]] melantik Hussein Onn sebagai pengajar di "Pusat Perekrutan dan Latihan Polis Malaya" di [[Rawalpindi]].

Hussein Onn pulang ke Malaysia pada [[1945]] dan dilantik sebagai Komandan [[Depot Polis Johor Bahru]]. Pada tahun berikut, beliau menyertai [[Perkhidmatan Awam Malaya]] sebagai Penolong Pegawai Pentadbir di [[Segamat]], [[Johor]]. Hussein Onn kemudian ditugaskan untuk bekerja di negeri [[Selangor]], di mana beliau menjadi pegawai daerah untuk [[Klang]] dan [[Kuala Selangor]].

Kerjaya politik
Hussein Onn yang berasal daripada sebuah keluarga yang mempunyai semangat nasionalisme dan akar politik yang mendalam, kemudian meletakkan jawatan perkhidmatan awam untuk menyertai politik. Pada tahun 1949, beliau menjadi Ketua Pemuda Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) yang pertama dan kemudian, pada tahun 1950, beliau dipilih menjadi Setiausaha Agung. Bagaimanapun, Hussein Onn meninggalkan UMNO pada tahun 1951 untuk menyertai Parti Kemerdekaan Malaya (IMP) yang ditubuhkan oleh ayahandanya.

Oleh sebab IMP tidak menerima sambutan yang baik, Hussein Onn pergi ke London untuk belajar undang-undang di Lincoln's Inn dan berjaya melayakkan diri sebagai Barrister-at-Law pada tahun 1958. Beliau pulang ke Malaya sebagai seorang peguam bertauliah dan bekerja di Kuala Lumpur.

Kebangkitan untuk berkuasa
Hussein Onn kembali ke politik untuk menyertai UMNO pada tahun 1968 selepas dipujuk oleh Tun Abdul Razak, Perdana Menteri ketika itu. Beliau bertanding dan menang dalam pilihan raya umum pada tahun 1969 dan dilantik sebagai Menteri Pelajaran.

Kenaikan pangkatnya yang pantas itu berterusan sewaktu beliau mewarisi Tun Dr Ismail yang meninggal dunia pada 2 Ogos 1973 sebagai Timbalan Perdana Menteri. Pada 15 Januari 1976, Hussein Onn dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ketiga selepas kematian Tun Abdul Razak. [1]

Hussein Onn termasyhur dalam penegasannya terhadap persoalan perpaduan melalui dasar-dasar yang bertujuan semata-mata untuk membetulkan ketidakseimbangan ekonomi antara kaum masyarakat. Ketika menjadi Perdana Menteri, beliau meneruskan agenda pembangunan Allahyaraham Tun Abdul Razak; usahanya dalam memajukan Malaysia tidak pernah lari dari sasaran Dasar Ekonomi Baru. Hussein Onn sentiasa mencuba meningkatkan taraf hidup kaum Melayu yang agak ketinggalan jika dibandingkan dengan kaum-kaum lain pada waktu itu. Dengan itu, pada 20 April 1981, beliau melancarkan Skim Amanah Saham Nasional yang merupakan satu dana amanah bumiputera yang bertujuan untuk meningkatkan ekuiti bumiputera dalam ekonomi negara.

Hussein Onn juga memberi penekanan kepada konsep Rukun Tetangga dan perjuangan terhadap ancaman dadah. Di bawah pentadbirannya, angkatan bersenjata Malaysia juga diperbesar dan dipermodenkan kerana penewasan Vietnam Selatan oleh pihak komunis yang menggemparkan seluruh rantau Asia Tenggara.

Hussein Onn menjalani pintasan koronari pada awal 1981. Pada 17 Julai dalam tahun itu, beliau bersara daripada politik aktif dan meletakkan jawatannya sebagai Perdana Menteri atas sebab-sebab kesihatan. Jawatan Perdana Menteri diambil alih oleh timbalannya, Mahathir bin Mohamad. Disebabkan perkhidmatannya kepada negara, Hussein Onn dikurniakan dengan gelaran Tun yang merupakan anugerah diraja yang tertinggi di Malaysia.

Selepas persaraan

Selepas persaraannya sebagai Perdana Menteri, Tun Hussein meneruskan sumbangannya kepada pertubuhan-pertubuhan kebajikan. Beliau bermain peranan yang utama dalam pertubuhan Hospital Mata Tun Hussein Onn. Tun Hussein juga menjadi Pengerusi Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS) dan penasihat kepada Petronas.

Sewaktu krisis kepimpinan UMNO berlaku pada tahun 1987, hubungan Tun Hussein dengan Dr. Mahathir menjadi buruk, dan beliau menyokong 'Team B' bersama-sama dengan Tunku Abdul Rahman. Mulai dari masa itu, Tun Hussein dan Tunku menjadi pengkritik yang kuat terhadap pentadbiran Mahathir.

Tun Hussein menghembuskan nafas terakhir pada hari Selasa, 29 Mei 1990, sewaktu berumur 68 tahun di Pusat Perubatan Seaton, San Francisco, Amerika Syarikat kerana serangan sakit jantung, dan disemadikan pada hari Jumaat di Makam Pahlawan, Masjid Negara, Kuala Lumpur.

Tun Hussein mempunyai dua anak lelaki dan empat anak perempuan. Isterinya Toh Puan Suhaila Tan Sri Haji Mohd Noah. Pada 30 Mac 2004, anak lelakinya, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein, menjadi Menteri Pelajaran Malaysia. Sebaliknya, anak perempuan sulungnya, Datin Roqiyah Hanim, meninggal di Kuala Lumpur pada 17 September 2005 sewaktu berumur 56, kerana menghidap penyakit barah payu dara.

No comments: