Monday, December 29, 2008

Profil Malaysia

Geografi
MONDAY, 22 SEPTEMBER 2008 04:24

Malaysia merupakan sebuah Negara Bangsa yang terdiri daripada Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. Ia meliputi 13 buah Negeri (Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Pahang, Melaka, Johor, Kelantan, Terengganu, Sabah dan Sarawak) dan 1 Kerajaan Persekutuan yang terdiri daripada 3 buah Wilayah (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan dan Wilayah Persekutuan Putrajaya).

Lokasi

Malaysia terletak berhampiran dengan Garisan Khatulistiwa iaitu Garisan Lintang 2º dan 7º Utara dan Garisan Bujur 100º dan 119º Timur. Keluasan Malaysia meliputi 330,252 kilometer persegi. Semenanjung Malaysia sahaja meliputi seluas 131,598 kilometer persegi, manakala, Sabah meliputi keluasan 73,710 kilometer persegi dan Sarawak seluas 131,598 kilometer persegi.

Semenanjung Malaysia bersempadan dengan Negara Thailand (utara), Singapura (selatan), Sarawak bersempadan dengan Negara Brunei Darussalam dan Sabah bersempadan dengan Filipina. Laut China Selatan seluas 531.1 kilometer persegi memisahkan Semenanjung Malaysia dengan Sabah dan Sarawak, Selat Melaka memisahkan Semenanjung dengan Sumatera, Indonesia dan Selat Teberau memisahkan Malaysia dengan Singapura.

Negeri-Negeri di Malaysia

Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur)


Kuala Lumpur adalah ibu negara Malaysia. Diisytiharkan sebagai Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Pusat Pentadbiran Persekutuan pada 1 Februari 1974. Kuala Lumpur mempunyai keluasan 243.65 kilometer persegi dan mempunyai 11 kawasan Parlimen.

Labuan
labuan


Wilayah Persekutuan Labuan merupakan wilayah ke-2, Malaysia. Pulau Labuan mempunyai keluasan 98 kilometer persegi dan mempunyai 1 kawasan Parlimen.

Putrajaya
masjid-putrajaya

Pada 1 Februari 2001, Putrajaya yang mempunyai keluasan 4,932 hektar telah diisytiharkan secara rasminya sebagai Wilayah Persekutuan ke-3, selepas Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Negeri-Negeri

Perlis Darul Sunnah
tebu01

Perlis Indera Kayangan merupakan negeri yang terkecil di Malaysia dengan keluasan kira-kira 795 kilometer persegi. Ia terletak di utara Semenanjung Malaysia dan bersempadan dengan Thailand. Ibu Negeri Perlis ialah Kangar dan Arau merupakan Bandar Diraja.

Perlis mempunyai 3 Kawasan Parlimen dan 15 Kawasan Dewan Undangan Negeri. Bandar-bandar lain ialah Chuping, Jejawi, dan Simpang Empat. Perlis merupakan sebuah negeri yang tidak bersultan tetapi beraja. Ketua pentadbiran Negeri Perlis dipanggil Menteri Besar. Populasi penduduknya adalah kira-kira seramai 198,335 orang.

Kedah Darul Aman
300px-sawah_padi01


Kedah Darul Aman mempunyai keluasan negeri kira-kira 9,426 kilometer persegi dan terletak di utara Semenanjung Malaysia. Ibu Negeri Perlis ialah Alor Setar dan Anak Bukit merupakan Bandar Diraja. Kedah mempunyai 15 Kawasan Parlimen, 36 Kawasan Dewan Undangan Negeri dan 11 Daerah iaitu Baling, Bandar Baharu, Kota Setar, Kuala Muda, Kubang Pasu, Kulim, Padang Terap, Pendang, Sik, Yan, Daerah Kecil Pokok Sena dan Pulau Langkawi yang merupakan pulau yang terbesar dan terindah di Kedah. Gunung Jerai merupakan gunung yang tertinggi iaitu 1217 meter. Populasi penduduknya adalah kira-kira seramai 1,779,100 orang.

Pulau Pinang
laksa-penang

Pulau Pinang terletak di Pantai Barat Semenanjung Malaysia. Ia mempunyai keluasan negeri kira-kira 1,056 kilometer persegi. Ibu Negeri Pulau Pinang ialah George Town. Pulau Pinang mempunyai 13 Kawasan Parlimen, 40 Kawasan Dewan Undangan Negeri dan 5 Daerah iaitu Barat Daya (Balik Pulau), Timur Laut (George Town), Seberang Perai Selatan (Nibung Tebal), Seberang Perai Tengah (Bukit Mertajam) dan Seberang Perai Utara (Butterworth).

Bandar-bandar lain yang terdapat di Pulau Pinang ialah Bukit Mertajam, Butterworth, Perai, Air Itam, Nibong Tebal, Kepala Batas, Bayan Lepas dan sebagainya.



Perak
labu

Perak Darul Ridzuan mempunyai keluasan kira-kira 21,005 kilometer persegi (6.4% daripada jumlah keluasan Malaysia) dan merupakan negeri yang kedua terbesar di Semenanjung Malaysia. Ibu Negeri Perak ialah Ipoh dan Kuala Kangsar merupakan Bandar Diraja. Perak mempunyai 24 Kawasan Parlimen, 59 Kawasan Dewan Undangan Negeri dan 9 Daerah iaitu Kerian, Gerik, Kuala Kangsar, Kinta, Batang Padang, Larut dan Matang, Hilir Perak, Manjung dan Perak Tengah. Sungai Perak merupakan sungai yang terpanjang di Negeri Perak. Bandar-bandar lain adalah seperti Bidor, Tapah, Teluk Intan, Sungkai, Lumut dan Taiping. Populasi penduduknya adalah kira-kira seramai 2.1 juta orang.


Selangor Darul Ehsan

selangor
Selangor Darul Ehsan mempunyai keluasan kira-kira 7,956 kilometer persegi. Ia terletak di tengah-tengah Semenanjung Malaysia di Pantai Barat dan mengelilingi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya. Ibu Negeri Selangor ialah Shah Alam dan Klang sebagai Bandar Diraja. Negeri Selangor mempunyai 22 Kawasan Parlimen, 56 Kawasan Dewan Undangan Negeri dan 9 Daerah iaitu Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Kuala Langat, Sepang, Petaling, Hulu Langat, Gombak dan Hulu Selangor. Populasi penduduknya adalah kira-kira seramai 4,613.9 juta orang iaitu yang paling ramai di Malaysia.

Negeri Sembilan Darul Khusus
minang

Negeri Sembilan Darul Khusus merupakan gabungan 9 buah negeri yang kecil. Keluasan Negeri Sembilan kira-kira 6,645 kilometer persegi dan ia terletak di Pantai Barat Semenanjung Malaysia. Ibu negerinya ialah Seremban dan Seri Menanti sebagai Bandar Diraja.

Negeri Sembilan mempunyai 8 Kawasan Parlimen, 36 Kawasan Dewan Undangan Negeri dan 7 Daerah iaitu Jelebu, Jempol, Tampin, Kuala Pilah, Rembau, Port Dickson dan Seremban. Bandar-bandar yang lain ialah Kuala Kelawang, Lukut, Titi, Tampin dan Gemas.

Bandar-bandar lain yang terdapat di Pulau Pinang ialah Bukit Mertajam, Butterworth, Perai, Air Itam, Nibong Tebal, Kepala Batas, Bayan Lepas dan sebagainya.

Melaka Bandaraya Bersejarah
melaka

Melaka dikenali sebagai Melaka Bandaraya Bersejarah. Negeri yang kedua kecil di Malaysia dengan keluasan tanah sebanyak 1,650 kilometer persegi. Melaka mempunyai 6 Kawasan Parlimen, 28 Kawasan Dewan Undangan Negeri dan 3 Daerah iaitu Alor Gajah, Jasin dan Melaka Tengah. Sungai Melaka merupakan sungai yang terpanjang di negeri tersebut. Populasi penduduknya adalah kira-kira seramai 650,500 orang.

Johor Darul Takzim
wpi

Negeri Johor mempunyai keluasan 19,984 kilometer persegi. Ia terletak paling selatan di Semenanjung Malaysia dan bersempadankan Melaka, Negeri Sembilan dan Pahang di utara dan dipisahkan dengan Singapura di selatan oleh Selat Johor Teberau. Johor Bahru merupakan ibu negeri dan bandar Diraja. Negeri Johor mempunyai 26 kawasan Parlimen, 56 kawasan Dewan Undangan Negeri dan lapan daerah iaitu Segamat, Kota Tinggi, Johor Bahru, Pontian, Kluang, Mersing, Batu Pahat dan Muar. Anak bulan dan bintang tanda Raja yang berdaulat. Warna merah bermakna hulu balang yang mempertahankan negeri. Warna biru tua melambangkan kerajaan negeri. Populasi penduduknya adalah kira-kira 2.8 juta orang.

Pahang Darul Makmur
pahang01

Pahang Darul Makmur merupakan negeri yang terbesar di Semenanjung Malaysia iaitu kirakira 35,965 kilometer persegi dan terletak di Pantai Timur Malaysia. Sebahagian besar daripada Negeri Pahang diseliputi hutan dan sebahagian besar Taman Negara terletak dalam Negeri Pahang. Sungai yang terpanjang di Semenanjung Malaysia iaitu Sungai Pahang. Gunung Tahan, gunung yang kedua tertinggi di Malaysia iaitu 2,190 meter. Ibu negeri dan pusat pentadbirannya terletak di Kuantan sementara Pekan adalah Bandar Diraja.


Terengganu Darul Iman
terengganu01

Terengganu Darul Iman mempunyai keluasan meliputi 12,955 kilometer persegi dan terletak di Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Di bahagian utara dan barat lautnya bersempadan dengan Kelantan manakala, di bahagian selatan dan barat daya pula bersempadan dengan Pahang. Ibu negeri dan Bandar Diraja ialah Kuala Terengganu. Terengganu terbahagi kepada 8 Kawasan Parlimen, 32 Kawasan Dewan Undangan Negeri dan 7 Daerah iaitu Besut, Setiu, Kuala Terengganu, Marang, Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman. Warna putih melambangkan Sultan. Anak bulan dan bintang melambangkan Agama Islam. Populasi penduduknya adalah kira-kira seramai 1.5 juta orang.

Kelantan Darul Naim
kel01


Kelantan Darul Naim mempunyai keluasan meliputi 14,922 kilometer persegi yang terletak di timur laut Semenanjung Malaysia, berhadapan dengan Laut China Selatan, dan bersempadan dengan Thailand. Ibu negeri dan Bandar Diraja ialah Kota Baharu. Kelantan mempunyai 14 Kawasan Parlimen, 45 Kawasan Dewan Undangan Negeri dan terbahagi kepada 10 Daerah iaitu Tumpat, Pasir Mas, Tanah Merah, Jeli, Kuala Krai, Machang, Pasir Putih, Bachok, Kota Bharu dan Gua Musang. Bandar-bandar yang lain ialah Rantau Panjang dan Pangkalan Chepa.

Sabah
mount-kinabalu01

Sabah, negeri yang kedua terbesar di Malaysia, terletak di utara pulau Borneo, pulau ketiga terbesar di dunia. Sabah meliputi kawasan seluas 72,500 kilometer persegi dengan pantai sepanjang 1,440 kilometer dengan Laut Cina Selatan terletak di pantai barat, Laut Sulu di sebelah timur laut dan Laut Celebes di sebelah selatan. Sabah juga dikenali sebagai Negeri Di Bawah Bayu . Gelaran ini diberi disebabkan kedudukan Negeri Sabah yang berada di bahagian luar dan selatan zon ribut.

Sarawak
sarawak01


Negeri Sarawak atau juga dikenali sebagai Sarawak Bumi Kenyalang merupakan negeri yang terbesar di Malaysia yang mempunyai keluasan kira-kira 131,598 kilometer persegi dan terletak di Malaysia Timur di pulau Borneo. Ibu negerinya ialah Kuching. Sungai Rajang merupakan sungai yang terpanjang di Malaysia terdapat di negeri ini. Sarawak mempunyai 31 Kawasan Parlimen, 71 Kawasan Dewan Undangan Negeri dan 11 Bahagian meliputi 28 Daerah iaitu Kuching, Sri Aman, Sibu, Miri, Sarikei, Limbang, Kapit, Bintulu, Kota Samarahan, Mukah dan Betong.

Iklim


Malaysia mengalami iklim Khatulistiwa iaitu panas dan lembap sepanjang tahun. Lazimnya, iklim tersebut dipengaruhi oleh dua Angin Monsun (Monsun Barat Daya dan Monsun Timur Laut). Purata suhu harian di seluruh Malaysia ialah antara 21º C hingga 32º C. Cuaca Malaysia tertakluk kepada pengaruh laut dan perubahan sistem angin yang bertiup dari Lautan Hindi (Angin Monsun Barat Daya - Mei hingga September) dan Laut China Selatan (Angin Monsun Timur Laut - November hingga Mac). Hujan tahunannya adalah di antara 80 peratus setahun iaitu 2000mm hingga 2500mm.

Flora


Hutan Hujan Khatulistiwa (Tropika) di Malaysia dianggap yang tertua di dunia. Bumi Malaysia masih diliputi dengan sejumlah 61 peratus Hutan Hujan Khatulistiwa. Malaysia mempunyai keluasan hutan kira-kira 77.2 peratus daripada jumlah keluasan keseluruhannya iaitu lebih daripada 20.36 juta hektar.
rama-rama
bunga-raya
butterfly-world-11-4-07-006

Di Semenanjung Malaysia sahaja hutan meliputi 4.8 peratus iaitu Pahang (37.6 peratus), Kelantan (15 peratus), Perak (14.4 peratus) dan Terengganu (37.6 peratus). Manakala, keluasan hutan di Sabah meliputi 62.5 peratus dan Sarawak mempunyai keluasan hutan terbesar iaitu meliputi 75 peratus.

Di samping itu, terdapat hutan bakau serta hutan dipterokrapa yang boleh dikelaskan berdasarkan ketinggian kawasan di atas aras laut seperti Hutan Pamah Dipterrokarpa (Hutan di kawasan tanah rendah dan di kaki bukit sehingga ketinggian 300 meter), Hutan Dipterokarpa Bukit (Hutan bukit antara ketinggian 300 meter – 762 meter), Hutan Dipterokarpa Atas (Hutan di antara ketinggian 762 meter – 1200 meter), Hutan Oak-Gunung (Hutan di antara paras ketinggian 1200 meter – 1500 meter) dan Hutan Ericaceous Gunung (Hutan melebihi 1500 meter).

Fauna


Hutan hujan di Malaysia menjadi habitat kepada beribu-ribu spesies binatang yang kebanyakannya bukan sahaja unik bagi kawasan ini malahan juga di dunia. Terdapat lebih 185,000 spesies binatang (16 peratus daripada jumlah di dunia) terdapat di Malaysia. Sebanyak 286 spesies mamalia, 736 spesies burung, 406 spesies amfibia dan reptilia, 200 spesies binatang liar dan lebih daripada 100,000 spesies serangga telah dapat direkodkan. Antara spesies mamalia yang tinggal di hutan Malaysia termasuk orang utan, harimau, gajah, badak sumbu, tapir, kerbau liar, musang, harimau bintang, beruang dan dua jenis rusa iaitu sambar dan kijang.
green-turtle paku-pakis tapir

Pantai Timur Semenanjung merupakan kawasan pendaratan penyu terutamanya penyu belimbing. Rantau Abang di Terengganu adalah kawasan yang penting pendaratan penyu. Turtle Islands Marine Park di Sabah juga merupakan kawasan yang penting untuk pemuliharaan penyu di rantau ini. Terdapat hanya dua spesies buaya di Malaysia iaitu buaya tembaga dan buaya jolong-jolong. Buaya boleh didapati di sungaisungai besar terutamanya di Sarawak. Tuntung sungai boleh didapati di kebanyakan sungai di Semenanjung Malaysia dan populasi utama didapati di sungai-sungai di Negeri Perak, Kedah, Terengganu dan Pahang.


Sumber:Laman Web Kementerian Penerangan Malaysia

No comments: