LEBIH banyak percubaan melakukan permanian berhadas (IVF) tidak menjanjikan hasil yang lebih baik.
Kajian terbaru mendapati kira-kira seorang daripada tiga wanita yang menjalani kaedah kesuburan itu melahirkan anak pada percubaan pertama.
Percubaan kedua meningkatkan kemungkinan itu sehingga sekali ganda tetapi percubaan ketiga menunjukkan kejayaan yang amat sedikit. Malah percubaan seterusnya tidak menunjukkan hasil langsung.
“Jangan berputus asa selepas percubaan pertama gagal. Percubaan kedua mungkin menjadi. Tetapi jika anda gagal juga pada percubaan ketiga, peluang untuk berjaya selepas itu amat tipis,” ujar ketua penyelidik di Universiti Michigan, Barbara Luke.
EKSTRA: Warga emas di Amerika Syarikat yang tinggal di rumah jagaan perlu membayar yuran penginapan yang lebih tinggi tahun ini.
Wangi bertoksik
BAU wangi kain yang baru dicuci mungkin bukan sekadar haruman.
Produk yang mengandungi wangian berkemungkinan mengeluarkan bahan kimia yang tidak tersenarai pada label termasuklah yang dikelaskan sebagai bertoksik.
Kajian oleh Universiti Washington itu mendapati setiap satu daripada 25 wangian yang lazim digunakan menghasilkan kira-kira 17 bahan kimia.
Hampir suku daripada 133 bahan kimia yang dikesan itu adalah bertoksik atau berbahaya.
EKSTRA: Mereka yang tinggal berdekatan kilang keluli atau sumber yang tinggi pengeluaran mangan berisiko menghidap penyakit Parkinson, lapor Yayasan Penyakit Parkinson AS.
Plastik rendahkan sperma
|
|
PEKERJA kilang di China yang terdedah kepada bahan kimia plastik bipanol-A (BPA) yang tinggi menghasilkan bilangan sperma yang rendah.
Biarpun tidak menunjukkan secara langsung bahawa faktor itu merendahkan kesuburan, penemuan itu bagaimanapun, lapor profesor farmakologi dan toksikologi Universiti Texas, Andrea Gore, mencadangkan kemungkinan BPA merupakan salah satu bahan yang menyebabkan perubahan pada sperma.
EKSTRA: Kanser pankreas tumbuh secara perlahan dan mungkin mengambil masa sehingga sedekad. Penemuan ini memberi peluang kepada pesakit untuk mengesan dan merawatnya.
Ia turut mengesahkan bahawa kanser itu tidak membunuh disebabkan ia cepat merebak, sebaliknya disebabkan simptomnya hanya kelihatan ketika kanser sudah berada di peringkat yang teruk, kata Dr. Bert Vogelstein dari Universiti Johns Hopkins di Baltimore, AS.
Sumber: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=1107&pub=Kosmo&sec=Kesihatan&pg=ke_02.htm
No comments:
Post a Comment